Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Istimewa Untuk Mommy! Resepi Kari Ayam ‘Special’ Rendah Lemak Pasti Sihat Untuk Mommy

Kredit gambar: Facebook Lim Sooi Ping

Kari semestinya kegemaran seluruh rakyat Malaysia! Nasi lauk kari ayam, roti jala dan kari ayam, roti canai pun dihidang dengan kari. Tak Melayu kalau tak makan kari gitu.

Memang biasa kita masak kari ayam dalam lauk mingguan kita tapi Mommy tahu kebaikan kari? Jom kita lihat!

Kebaikan Rempah Kari

Rempah kari mempunyai pelbagai manfaat seperti:

  • Sifat anti-radang yang kuat.
  • Boleh meningkatkan kesihatan jantung.
  • Mungkin mempunyai kesan antikanser.
  • Mengandungi antioksidan yang kuat.
  • Boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah.
  • Boleh meningkatkan kesihatan otak.
  • Boleh meningkatkan rasa kenyang.
  • Sifat antifungal dan antibakteria.
  • Boleh meningkatkan kesihatan penghadaman.

Wah! Selama ini kita makan tidak tahu pun kebaikannya kari sebenarnya banyak dan berkhasiat!

Tetapi adakah Mommy tahu kita boleh masak kari ayam yang lebih sihat? Resepi kari ayam ini simple sahaja! Menurut resepi di bawah daripada salah seorang peserta #MamaMasakMamaMenang yang dianjurkan oleh Motherhood.com.my, untuk membuat kari yang lebih sihat, Mommy boleh gunakan susu rendah lemak. Ni yang akan membuatkan kari Mommy lebih sihat untuk dimakan!

Berikut merupakan manfaat susu rendah lemak pada kesihatan kita:

Manfaat Susu Rendah Lemak 

Seperti yang kita sedia tahu, susu mempunyai banyak khasiat dan nutrien yang ia beri pada badan kita. Tapi apa manfaat yang ia beri? Antara manfaat susu rendah lemak adalah:

  • Menurunkan berat badan
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Mencegah diabetes
  • Mencegah naiknya kadar kolesterol darah

Jika Mommy tidak tahu ini manfaat susu rendah lemak, sekarang Mommy sudah tahu!

Nota tambahan untuk Mommy, jika Mommy ada yogurt, boleh gunakan juga! Gunakan yogurt tanpa perisa. Tetapi jangan guna greek yogurt kerana ia akan menjadi terlebih masam. Tak sedap pula nanti.

Itu sahaja untuk maklumat dan tips kali ini, moga-moga bermanfaat untuk Mommy dan sekeluarga. Selamat mencuba~

Print

Resepi Kari Ayam 'Special' Rendah Lemak

Ingredients

  • 3 cawan besar minyak masak
  • 3 sekawan (bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)
  • 4 ulas bawnag putih (dicincang)
  • 4 biji bawang merah kecil (dicincang)
  • 1 ulas kecil halia (dicincang)
  • 3 batang serai (dibuang pucuk dan ditumbuk sikit)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 paket pes kari ayam
  • 2 peha ayam penuh (dibuang kulit dan dipotong ketul-ketul)
  • 6 biji ubi kentang kecil (dipotong 4)
  • 1 cawan air
  • 1 kotak kecil santan rendah lemak (200 ml)

Instructions

  • Rebus kentang sehingga lembut dalam air yang telah ditambah sedikit garam, lebih kurang 15 minit. Kemudian buang kulit dan potong 4 kerat.
  • Cincang bawang putih, bawang merah dan halia.
  • Buang kulit ayam, potong ketul-ketul sederhana besar dan gaul dengan halia.
  • Sediakan periuk dan panaskan minyak masak.
  • Tumis 3 sekawan sehingga berbau, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan serai.
  • Masukkan pes kari ayam dan daun kari. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam separuh masak, kemudian tuang air yang telah digaul bersama setengah kotak santan. Gaul sebati.
  • Masukkan kentang. Gaul sebati.
  • Tuang santan yang selebihnya. Gaul sebati. Cuba rasa kari dan tambah sedikit garam jika perlu.
  • Reneh sehingga pecah minyak.
  • Sedia untuk dihidang.

Notes

Kredit: Facebook Lim Sooi Ping

Jom baca resepi ayam ungkep pula!