Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Masak Resepi Kari Daging Yang Kaw dan Lazat Ni

Kredit gambar: istockphoto

Hidangan kari selain daripada sedap, ia dapat membuka selera kita. Gabungan rempah ratus tu, memang terangkat! Tak rugi tau Mommy kalau belajar masak kari ni. Selain daripada makan bersama nasi, hidangan berkari juga boleh dinikmati bersama roti manis, roti jala, roti puri dan bermacam lagi.

Yang lebih syoknya, kalau lagi dipanaskan, lagi sedap kan? Jom, apa kata, kali ini kita masak kari daging pula?

Resepi Kari Daging 

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel

Resepi oleh: Jom Masak Channel

Bahan-Bahan

  • 1/2 kg daging dihiris nipis dan direbus
  • 7 sudu besar serbuk kari yang dijadikan pes
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 biji bawang merah yang dihiris
  • 4 ulas bawang putih yang dihiris
  • Seinci halia yang dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 3/4 kotak santan
  • Sebiji kentang
  • 4 sekawan rempah
  • Sekeping asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa

Cara-Cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau.

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel

2. Bila dah naik bau bahan tumis kita, Mommy masukkan pula daun kari dan 4 sekawan rempah. Sambung tumis.

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel

3. Diikuti dengan pes rempah kari.

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel

4. Kemudian, cili kisar. Sambung tumis lagi sehingga betul-betul pecah minyak dan garing.

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel

5. Sekarang, bolehlah masukkan kentang.

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel

6. Diikuti isi daging.

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel

7. Tuangkan juga air.

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel

8. Kemudian, masukkan asam keping.

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel

9. Perasakan pula dengan garam dan serbuk perasa.

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel

10. Seterusnya, barulah tuangkan santan.

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel

11. Tambahkan air sedikit lagi dan kacau-kacau.

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel

12. Masak sehingga kentang lembut dan siap kari daging kita!

Kredit gambar: Youtube @Jom Masak Channel
Print

Resepi Kari Daging

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword Daging

Ingredients

  • 1 kg daging dihiris nipis dan direbus
  • 7 sdb serbuk kari yang dijadikan pes
  • 2 sdb cili kisar
  • 2 biji bawang merah yang dihiris
  • 4 ulas bawang putih yang dihiris
  • 1 inci halia yang dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 3/4 kotak santan
  • 1 biji kentang
  • 4 sekawan rempah
  • 1 asam keping
  • Air
  • Garam
  • Perasa

Instructions

  • Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau.
  • Bila dah naik bau bahan tumis kita, Mommy masukkan pula daun kari dan 4 sekawan rempah. Sambung tumis.
  •  Diikuti dengan pes rempah kari.
  • Kemudian, masukkan cili kisar. Sambung tumis sehingga betul-betul pecah minyak dan garing.
  • Sekarang, bolehlah masukkan kentang & isi daging.
  • Masukkan air dan asam keping.
  • Perasakan pula dengan garam dan serbuk perasa.
  • Seterusnya, barulah tuangkan santan.
  • Tambahkan air sedikit lagi dan kacau dan masak sehingga kentang lembut.

Tips Menyediakan Resepi Kari Daging 

  • Pastikan Mommy tumiskan rempah sehingga betul-betul garing dan pecah minyak ya? Barulah sedap terasa kuah kari kita.

Panaskan roti canai segera dan cicah dengan kari daging ni pun sedap kan? Makan dengan nasi tomato pun boleh Mommy.

Selamat mencuba!


Jom cuba pelbagai resepi lazat yang lain di SINI.