Go Back
kari daging

Resepi Kari Daging

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu

Ingredients
  

  • 1 kg daging dihiris nipis dan direbus
  • 7 sdb serbuk kari yang dijadikan pes
  • 2 sdb cili kisar
  • 2 biji bawang merah yang dihiris
  • 4 ulas bawang putih yang dihiris
  • 1 inci halia yang dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 3/4 kotak santan
  • 1 biji kentang
  • 4 sekawan rempah
  • 1 asam keping
  • Air
  • Garam
  • Perasa

Instructions
 

  • Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau.
  • Bila dah naik bau bahan tumis kita, Mommy masukkan pula daun kari dan 4 sekawan rempah. Sambung tumis.
  •  Diikuti dengan pes rempah kari.
  • Kemudian, masukkan cili kisar. Sambung tumis sehingga betul-betul pecah minyak dan garing.
  • Sekarang, bolehlah masukkan kentang & isi daging.
  • Masukkan air dan asam keping.
  • Perasakan pula dengan garam dan serbuk perasa.
  • Seterusnya, barulah tuangkan santan.
  • Tambahkan air sedikit lagi dan kacau dan masak sehingga kentang lembut.
Keyword Daging
Tried this recipe?Let us know how it was!