Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Kari Ikan Kaw! Sedap Sebagai Lauk Atau Cicah Roti

Kredit gambar: Facebook Zira Tag

Hari ini kita nak masak apa pula Mommy? Ada ikan merah yang taktahu nak masak lauk apa? Haa, jom masak kari ikan merah? Kari ikan ini boleh makan dengan banyak jenis makanan tau, roti canai, nasi lauk dan macam-macam lagi lah!

Mana tahu Mama nak masak untuk tetamu ke taktahu nak masak menu apa, boleh cuba resepi kari ikan merah yang pekat ini! Sebelum tu mari kita lihat dahulu, apa sebenarnya khasiat ikan merah ini?

Khasiat Ikan Merah 

Secara amnya, makan ikan memang memberikan kita khasiat yang lebih banyak daripada protein lain. Tetapi semua protien mempunyai kelebihannya sendiri. Khasiat ikan merah adalah seperti di bawah:

  • Selenium
  • Vitamin A
  • Potasium
  • Asid Lemak Omega-3

Macam mana pula dengan kebaikan ikan merah ini? Jom kita tengok!

#1 Membantu meningkatkan metabolisme kita 
Ikan merah sebenarnya sangat membantu kita dengan pengurusan berat badan. Ikan merah membantu dalam meningkatkan metabolisme badan dengan kepekatan kalium yang tinggi.

#2 Lemak sihat untuk Mommy!
Ikan ini kaya dengan asid lemak Omega-3. Dengan asid lemak omega-3 ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, aterosklerosis dan kolesterol darah tinggi dengan ketara. Wow!

#3 Mudah untuk menghadam 
Mommy tahu tak jika penghadaman kita lancar, penyerapan makanan akan bertambah baik. Nutrien dalam ikan ini membantu dalam keradangan dan meningkatkan penyerapan makanan ke aliran darah dan organ Mommy yang lain.

#4 Meningkatkan sel darah putih + kesihatan Tiroid
Adakah Mommy tahu, penyakit tiroid adalah sangat biasa, dengan anggaran 20 juta orang di Amerika Syarikat mempunyai beberapa jenis gangguan tiroid. Wanita lebih kerap didiagnos berbanding dengan lelaki. Oleh itu, ikan merah dapat meningkatkan bilangan sel darah putih dan juga diperlukan untuk kelenjar Tiroid berfungsi dengan baik.

Wow! Tak sangka banyak juga khasiat dalam ikan merah ni kan? Moga dengan info ini Mommy lebih faham dengan tentang kebaikan makan ikan merah ini! Jom cuba hari ini!

Selamat mencuba ya, Mommy~

Print

Resepi Kari Ikan Merah

Ingredients

  • Ikan merah
  • Rempah kari ikan saya pakai rempah babas
  • Rempah empat beradik
  • Rempah kari ikan
  • Rempah kari ayam dan daging
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk cili
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Halia sedikit
  • Lengkuas sedikit
  • Halba campur
  • Cili giling
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Sedikit serbuk cili/cili kisar (jika suka pedas)
  • Air asam jawa/asam keping
  • Santan

Bahan Lain

  • Kacang bendi
  • Terung
  • Tomato buah
  • Cili hijau (dibelah 2)

Instructions

  • Panaskan minyak, masukkan empat beradik, tumis bawang merah bawang putih dan halba campur serta daun kari. Masukkan cili boh/cili giling, masukkan lengkuas dan halia. Goreng sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari ikan, serbuk ketumbar, serbuk cili, rempah kari ayam dan daging saya campur baru sedap. Cili boh dan sedikit air. Tumis serbuk kari kering sebelum dimasukkan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak dan tambahkan sedikit air.
  • Tumis sehingga rempah garing. Bila mendidih, masukkan ikan, air, masukkan santan tunggu sehingga mendidih.
  • Kemudian, masukkan bendi, terung, tomato dan cili hijau. Biarkan mendidih seketika kemudian dikecilkan api sehingga ianya pecah minyak.
  • Masukkan garam, sedikit gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan sedia untuk di hidang.

Notes

Kredit: Facebook Zira Tag

Jom try resepi sup kaki ayam pula! Untuk pelbagai resepi menyelerakan selain daripada resepi kari ikan ini, Mommy boleh klik SINI.