Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Memang Terangkat, Resepi Kari Kepala Ikan Yang Pekat Dan Lazat!

resepi kari kepala ikan

Kredit gambar: istockphoto.com

Masakan berkuah berempah yang paling Motherhood suka tentunya kari. Digandingkan bersama kepala ikan pula , dengan sayur bendi, fuh…pasti bertambah nasi. Ada pula sambal belacan dan ikan masin goreng, tak pandang kiri kanan dah. Mommy macam ni juga ke?

Siapa je tak suka kari kepala ikan kan? Sebab itulah, kali ini Motherhood bawakan resepi kari kepala ikan yang pekat dan lazat ni. Bau kari pasti melekat di jari selepas makan!

Resepi Kari Kepala Ikan

Kredit gambar: YouTube @Che Nom

Resepi oleh: Che Nom

Bahan-Bahan

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 sudu kecil halba campur
  • 3 – 4 biji bawang merah kecil yang dimayang
  • 2 biji cili hijau yang dibelah dua dan memanjang
  • 3 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
  • Seinci halia yang ditumbuk halus
  • 1 – 2 tangkai daun kari
  • Sebiji buah tomato yang dihiris kasar
  • 1/4 cawan air pati asam jawa
  • 300g – 400g /1 kepala ikan
  • 1/2 cawan santan fresh atau 1/3 santan kotak kecil
  • Garam secukup rasa
  • 10 batang sayur bendi
  • Daun ketumbar

Bahan pes rempah kari

  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • Sesudu besar serbuk cili
  • Sedikit air

Cara-Cara

1. Panaskan minyak masak dan masukkan halba campur bersama bawang merah yang dihiris. Tumiskan sehingga kekuningan.

Kredit gambar: YouTube @Che Nom

2. Kemudian, masukkan pula cili hijau. Sambung tumis sekejap.

Kredit gambar: YouTube @Che Nom

3. Diikuti dengan pes halia dan bawang putih. Kacau-kacau.

Kredit gambar: YouTube @Che Nom

4. Taburkan pula daun kari dan kemudiannya potongan buah tomato. Kacau sehingga naik bau dan buah tomato lembut.

Kredit gambar: YouTube @Che Nom

5. Kemudian, masukkan pes rempah kari dan tumis kesemuanya sehingga pecah minyak.

Kredit gambar: YouTube @Che Nom

6. Bila dah pecah minyak, boleh tuang air pati asam jawa pula dan sambung tumis. Mommy masukkan air sikit-sikit ya dalam proses menumis ni supaya rempah betul-betul masak.

Kredit gambar: YouTube @Che Nom

7. Sekarang, bolehlah masukkan kepala ikan dan tutup periuk. Renehkan sampai ia masak.

Kredit gambar: YouTube @Che Nom

8. Bila dah masak, buka penutup dan tuangkan santan segar. Kacau-kacau.

Kredit gambar: YouTube @Che Nom

9. Diikuti dengan garam, sayur bendi dan batang daun ketumbar.

Kredit gambar: YouTube @Che Nom

10. Tutup penutup, biarkan ia mendidih sekejap dan siap!

Kredit gambar: YouTube @Che Nom

Tips Memasak Resepi Kari Kepala Ikan

  • Ketika menumis rempah kari, Mommy kena masukkan air sedikit demi sedikit ya. Sampailah rempah tersebut betul-betul masak atau pecah minyak, barulah okay. Kalau perlu tambah air dan kuah nampak pekat je, Mommy boleh tambah air lagi.
  • Daun ketumbar pula bagus dalam menaikkan rasa rempah. Kalau ada, bolehlah tambahkan dalam masakan kari Mommy.
resepi kari kepala ikan
Print

Resepi Kari Kepala Ikan

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword Ikan
Author Che Nom

Ingredients

Bahan-bahan Utama

  • 1 cawan minyak masak
  • 3/4 sudu kecil halba campur
  • 3-4 biji bawang merah kecil dimayang
  • 2 biji cili hijau dibelah dua dan memanjang
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1 inci halia ditumbuk halus
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato dihiris kasar
  • 1/4 cawan air pati asam jawa
  • 1 kepala ikan 300g - 400g
  • 1/2 cawan santan segar
  • 10 batang sayur bendi
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar

Bahan pes rempah kari

  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Sedikit air

Instructions

  • Panaskan minyak masak dan masukkan halba campur bersama bawang merah yang dihiris. Tumiskan sehingga kekuningan.
  • Kemudian, masukkan pula cili hijau. Sambung tumis sekejap.
  • Diikuti dengan pes halia dan bawang putih. Kacau-kacau.
  • Taburkan pula daun kari dan kemudiannya potongan buah tomato. Kacau sehingga naik bau dan buah tomato lembut.
  • Kemudian, masukkan pes rempah kari dan tumis kesemuanya sehingga pecah minyak.
  • Bila dah pecah minyak, boleh tuang air pati asam jawa pula dan sambung tumis. Masukkan air sikit-sikit ya dalam proses menumis ni supaya rempah betul-betul masak.
  • Masukkan kepala ikan dan tutup periuk. Renehkan sampai ia masak.
  • Bila dah masak, buka penutup dan tuangkan santan segar. Kacau-kacau.
  • Diikuti dengan garam, sayur bendi dan batang daun ketumbar.
  • Tutup penutup, biarkan ia mendidih sekejap dan siap!

Kalau makan sorang-sorang pun boleh licin kepala ikan ni. Dengan kuah-kuahnya sekali kan Mommy?

Selamat menjamu selera Mommy!


Untuk pelbagai resepi menyelerakan yang lain, Mommy boleh klik SINI.