Panaskan minyak masak dan masukkan halba campur bersama bawang merah yang dihiris. Tumiskan sehingga kekuningan.
Kemudian, masukkan pula cili hijau. Sambung tumis sekejap.
Diikuti dengan pes halia dan bawang putih. Kacau-kacau.
Taburkan pula daun kari dan kemudiannya potongan buah tomato. Kacau sehingga naik bau dan buah tomato lembut.
Kemudian, masukkan pes rempah kari dan tumis kesemuanya sehingga pecah minyak.
Bila dah pecah minyak, boleh tuang air pati asam jawa pula dan sambung tumis. Masukkan air sikit-sikit ya dalam proses menumis ni supaya rempah betul-betul masak.
Masukkan kepala ikan dan tutup periuk. Renehkan sampai ia masak.
Bila dah masak, buka penutup dan tuangkan santan segar. Kacau-kacau.
Diikuti dengan garam, sayur bendi dan batang daun ketumbar.
Tutup penutup, biarkan ia mendidih sekejap dan siap!