Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Kari Sotong Mamak Ala Nasi Kandar Yang Tak Memerlukan Santan

Kredit gambar: resepichenom.com

Bagi penggemar nasi kandar, tak perlu jalan jauh ke Pulau Pinang untuk memenuhi craving anda. Lagi-lagi kalau Mommy suka dengan kari sotong yang menyelerakan tu! Kali ini Motherhood ingin berkongsi resepi kari sotong ala nasi kandar yang tak memerlukan santan. Boleh buat di rumah je!

Kalau Mommy tertanya-tanya, apakah perbezaan kari dengan gulai? Sebenarnya tak banyak bezanya, cuma istilah gulai lebih kerap digunakan di negeri utara. Lihat di sini untuk resepi gulai sotong yang menggunakan santan.

Ada juga yang mengatakan, perbezaannya adalah pada penggunaan kunyit, dimana kari tidak menggunakan kunyit manakala gulai menggunakan sedikit kunyit untuk membuatkannya nampak sedikit kekuningan.

Walau bagaimanapun, penggunaan kunyit tidak akan memberi perbezaan yang besar pada rasa gulai atau kari itu. Malah, untuk resepi kari sotong ini, memang tak menggunakan kunyit pun.

Jom tengok cara-cara untuk memasak resepi gulai sotong yang amat menyelerakan ini.

Kredit gambar: sariyusa.blogspot.com

Cara-cara Memasak Resepi Kari Sotong

1. Bersihkan dan potong badan sotong kepada beberapa bahagian.

2. Kemudian, sediakan bahan-bahan untuk ditumis seperti bawang besar dan bawang putih yang dikisar dan rempah untuk ditumis secukupnya, iaitu halba campur dan daun kari. Tak dilupakan juga, bahan-bahan potong lain seperti cili merah atau cili hijau.

Kredit gambar: rasa.my

3. Panaskan minyak dan tumis halba campur seketika. Teruskan dengan memasukkan daun kari dan sambung tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar bawang merah dan bawang putih dan tumiskan kesemuanya sehingga wangi dan agak garing.

Kredit gambar: rasa.my
Kredit gambar: rasa.my
Kredit gambar: rasa.my

4. Langkah seterusnya, masukkan cili kisar, cili boh, ataupun serbuk cili dan kacau rata.

Kredit gambar: rasa.my

5. Masukkan rempah kari ikan dan kacau sebati. Tuangkan sedikit air dan tumis lagi sehingga pecah minyak. Setelah sudah pecah minyak, Mommy boleh perasakan dengan garam dan gula.

Kredit gambar: rasa.my

*penting ya supaya pes kari anda ini ditumis sehingga pecah minyak. Ini tips untuk kari yang enak!

Kredit gambar: rasa.my

6. Antara langkah terakhir, masukkan air asam jawa secukupnya dan kacau rata. Apabila ia mereneh, masukkan sotong yang telah dipotong dan dibersihkan tadi.

Kredit gambar: rasa.my
Kredit gambar: rasa.my

7. Tutup kuali sebentar dengan penutup untuk memasak sotong dengan baik. Pastikan tak terlalu lama agar sotong tidak liat.

8. Setelah mendidih, masukkan hirisan cili merah atau cili hijau dan masak sekejap sahaja lagi sebelum dihidangkan.

Kredit gambar: Share Masakan Share Resepi
Print

Resepi Kari Sotong

Kari Sotong Tanpa Santan Ala Nasi Kandar
Prep Time 20 minutes
Cook Time 20 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 500 gram sotong (dibersihkan dan dipotong)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu halba campur
  • 1 paket rempah kari ikan
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 tangkai cili merah atau hijau
  • 1 sudu cili kisar / cili boh / serbuk cili
  • sedikit air
  • garam dan gula secukupnya

Instructions

Cara-cara

  • Panaskan minyak dan tumis halba campur seketika.
  • Masukkan daun kari dan tumis sehingga naik bau. 
  • Kemudian masukkan bahan kisar bawang merah dan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
  • Masukkan cili kisar, cili boh, atau serbuk cili dan kacau rata. 
  • Masukkan rempah kari ikan dan kacau sebati.
  • Tuang sedikit air dan tumis lagi sehingga pecah minyak. 
  • Setelah sudah pecah minyak, Mommy boleh perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan pula air asam jawa dan kacau rata. 
  • Sesudah sahaja rempah sudah merenih, masukkan sotong yang telah dipotong dan dibersihkan tadi.
  • Tutup kuali sebentar untuk memasak sotong.
  • Setelah mendidih, masukkan hirisan cili merah dan masak seketika lagi.

Rugi kalau tak cuba. Pasti lebih menjilat jari jika dimakan bersama dengan ulaman dan sambal belacan kan? Selamat mencuba!

Kredit resepi: Nur @ rasa.my