Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lain Dari Yang Lain, Jom Cuba Buat Resepi Kari Udang Ala India Yang Sangat Sedap Ini!

resepi kari udang

Kredit gambar: khinskitchen.com

India adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai jenis masakan dan rempah ratus. Salah satu hidangan terkenal dari India ialah kari, yang merupakan campuran rempah yang kaya dan lazat. Resepi kari udang ialah salah satu varian kari yang paling popular, dan ia menawarkan gabungan sempurna udang segar dan kuah pedas yang memikat.

Tak seperti kari udang yang lain, resepi kari udang ala India yang bakal Mommy terokai kali ini berlainan bahan serta cara memasaknya. Apa yang pasti, ia sangat sedap dan bakal menjadi salah satu hidangan kegemaran buat Mommy sekeluarga. Jom lihat resepi di bawah!

Resepi Kari Udang Ala India

Kredit gambar: lowcarbyum.com

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • Halia saiz kecil
  • 5 atau 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar halba
  • 4 1/2 sudu besar biji ketumbar
  • 4 atau 5 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar serbuk kunyit

Bahan tambahan:

  • Setengah biji kelapa
  • 1 biji tomato besar (potong kecil)
  • Daun kari
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Serbuk cili secukup rasa
  • Udang yang telah dicuci bersih
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

#1. Masukkan sedikit air, bawang merah, halia, bawang putih dan cili hijau ke dalam pengisar. Kisar sehingga menjadi pes yang halus.

Kredit gambar: facebook@MAHN

Kemudian tambah kelapa parut, biji sawi, jintan manis, jintan manis, halba, biji ketumbar, cili kering, dan serbuk kunyit ke dalam pengisar. Kisar semula supaya menjadi pes yang licin.

#2. Kemudian, Mommy panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan sedikit biji sawi yang telah dikisar dan tumis sebentar.

Kredit gambar: facebook@MAHN

#3. Setelah itu, masukkan pula tomato yang telah dipotong dan daun kari ke dalam kuali. Tumis hingga tomato hancur.

Kredit gambar: facebook@MAHN

#4. Masukkan pes yang telah di blend tadi ke dalam kuali. Pastikan pes masak sekurang-kurangnya 10 minit supaya rempah masak sepenuhnya.

Kredit gambar: facebook@MAHN

#5. Sediakan air asam jawa mengikut citarasa. Campurkan air asam jawa dengan kari yang sedang dimasak.

Kredit gambar: facebook@MAHN

#6. Masukkan sedikit serbuk cili mengikut citarasa untuk memberikan rasa pedas.

Kredit gambar: facebook@MAHN

#7. Masukkan udang yang telah dicuci bersih ke dalam kuali lalu masukkan sedikit air dan biarkan udang masak selama 10 minit atau sehingga udang betul-betul masak.

Kredit gambar: facebook@MAHN

#8. Masukkan garam secukup rasa mengikut citarasa masing-masing.

Kredit gambar: facebook@MAHN

#9. Akhir sekali masukkan daun kari untuk memberikan aroma segar pada kari udang. Kari udang sedia untuk dihidangkan! Mommy juga boleh menggantikan udang dengan ketam atau ikan mengikut citarasa.

resepi kari udang
Print

Resepi Kari Udang Ala India

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Malaysian
Keyword gulai, kari, udang

Ingredients

Bahan kisar:

  • 1 ulas bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sb biji sawi
  • 1 sb jintan manis
  • 2 sb jintan manis
  • 1/2 sb halba
  • 4 1/2 sb biji ketumbar
  • 4 tangkai cili kering
  • 1 sb serbuk kunyit

Bahan tambahan:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 biji tomato besar potong kecil
  • Daun kari
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Serbuk cili secukup rasa
  • Udang yang telah dicuci bersih
  • Garam secukup rasa

Instructions

  • Masukkan sedikit air, bawang merah, halia, bawang putih dan cili hijau ke dalam pengisar. Kisar sehingga menjadi pes yang halus.
  • Kemudian tambah kelapa parut, biji sawi, jintan manis, jintan manis, halba, biji ketumbar, cili kering, dan serbuk kunyit ke dalam pengisar. Kisar semula supaya menjadi pes yang licin.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan sedikit biji sawi yang telah dikisar dan tumis sebentar.
  • Setelah itu, masukkan pula tomato yang telah dipotong dan daun kari ke dalam kuali. Tumis hingga tomato hancur.
  • Masukkan pes yang telah di blend tadi ke dalam kuali. Pastikan pes masak sekurang-kurangnya 10 minit supaya rempah masak sepenuhnya.
  • Sediakan air asam jawa mengikut citarasa. Campurkan air asam jawa dengan kari yang sedang dimasak.
  • Masukkan sedikit serbuk cili mengikut citarasa untuk memberikan rasa pedas.
  • Masukkan udang yang telah dicuci bersih ke dalam kuali lalu masukkan sedikit air dan biarkan udang masak selama 10 minit atau sehingga udang betul-betul masak.
  • Masukkan garam secukup rasa mengikut citarasa masing-masing.
  • Akhir sekali masukkan daun kari untuk memberikan aroma segar pada kari udang.

Selamat mencuba!


Jom cuba pelbagai lagi resepi masakan menarik yang lain di SINI!