Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senang Je Rupanya. Ini Resepi Kek Butter Simple Paling Sedap

resepi kek butter

Pada kali ini, Motherhood nak kongsikan kepada Mommy semua resepi kek butter yang sangat sedap dan mudah untuk disediakan.

Resepi kek butter atau mentega ni tidak memerlukan bahan yang banyak dan sangat sesuai kalau Mommy nak jadikan sebagai menu petang atau untuk jamuan atau majlis keraian.

Tanpa membuang masa, jom Mommy kita belajar cara buat kek butter berpandukan langkah di bawah ini!

Resepi Kek Butter

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan:

  • 350gm cranberry kering
  • 300gm butter premium
  • 150gm gula halus
  • 5 biji telur
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar emulco blueberi atau cranberry
  • Pewarna ungu

Bahan-bahan yang perlu diayak:

  • 200gm tepung naik sendiri
  • 50gm tepung jagung
  • 30gm susu tepung

Cara-cara:

#1. Putar butter bersama gula sehingga ia menjadi kembang dan putih gebu. Pecahkan telur dan masukkan sebiji demi sebiji dan putar.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Kemudian Mommy tambahkan susu pekat ke dalam adunan beserta tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar sehingga semua adunan sebati.

#3. Seterusnya masukkan cranberry kering dan gaul rata. Setelah itu, bahagikan adunan kepada dua bahagian.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Satu bahagian dibiarkan kosong dan satu bahagian lagi tambahkan pewarna ungu dan emulco blueberi atau cranberry tadi.

#4. Alaskan loyang berukuran 8 inci menggunakan kertas baking dan tuang adunan tadi berselang seli. Buat garisan corak dan boleh tabur cranberry jika suka.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Akhir sekali, bakar adunan tersebut pada suhu 170°C dan bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Tips/Petua Menyediakan Resepi Kek Butter

  • Sekiranya Mommy menggunakan tepung gandum atau tepung kek untuk membuat kek mentega, gunakan baking powder sebanyak 2 sudu kecil.
  • Mommy tidak perlu memasukkan garam ke dalam adunan kek mentega jika mengunakan butter salted.
  • Sekiranya ingin kek yang premium guna pure butter seperti Golden Churn atau President Butter.
  • Jangan putar terlalu lama setelah memasukkan butter, bimbang ia menghasilkan gluten dan kek menjadi keras.
  • Rendahkan suhu oven jika permukaan kek butter berubah perang dan tutup permukaan kek menggunakan aluminium foil untuk mengelak kek menjadi hangit.
Print

Resepi Kek Butter

Course Pemanis Mulut
Cuisine Melayu
Keyword Kek

Ingredients

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 350 gm cranberry kering
  • 300 gm butter premium
  • 150 gm gula halus
  • 5 biji telur
  • 5 sb susu pekat
  • 1 sb emulco blueberi atau cranberry
  • Pewarna ungu

Bahan-bahan yang perlu diayak:

  • 200 gm tepung naik sendiri
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm susu tepung

Instructions

Cara-cara:

  • Putar butter bersama gula sehingga ia menjadi kembang dan putih gebu. Pecahkan telur dan masukkan sebiji demi sebiji dan putar.
  • Kemudian Mommy tambahkan susu pekat ke dalam adunan beserta tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. sepenuhnya.
  • Putar sehingga semua adunan sebati. Seterusnya masukkan cranberry kering dan gaul rata.
  • Setelah itu, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan satu bahagian lagi tambahkan pewarna ungu dan emulco blueberi atau cranberry tadi.
  • Alaskan loyang berukuran 8 inci menggunakan kertas baking dan tuang adunan tadi berselang seli.
  • Buat garisan corak dan boleh tabur cranberry jika suka.
  • Akhir sekali, bakar adunan tersebut pada suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak.

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada Mommy di dapur dan selamat menjamu selera bersama keluarga tersayang!


Mommy juga boleh cuba pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!