Putar butter bersama gula sehingga ia menjadi kembang dan putih gebu. Pecahkan telur dan masukkan sebiji demi sebiji dan putar.
Kemudian Mommy tambahkan susu pekat ke dalam adunan beserta tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. sepenuhnya.
Putar sehingga semua adunan sebati. Seterusnya masukkan cranberry kering dan gaul rata.
Setelah itu, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan satu bahagian lagi tambahkan pewarna ungu dan emulco blueberi atau cranberry tadi.
Alaskan loyang berukuran 8 inci menggunakan kertas baking dan tuang adunan tadi berselang seli.
Buat garisan corak dan boleh tabur cranberry jika suka.
Akhir sekali, bakar adunan tersebut pada suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak.