Kek Coklat Kukus merupakan kek yang paling mudah untuk disediakan dan sangat sedap. Malah kek coklat antara kek yang paling digemari oleh orang ramai terutama kanak-kanak.
Meskipun kek ini mudah tetapi masih ramai yang lebih suka untuk membeli kek kerana tidak mahu mengambil risiko kek tidak jadi seperti yang diinginkan.
Gabungan kek dengan topping coklat dan badam menambahkan lagi kesedapan pada kek tersebut.
Anak-anak Mommy penggemar kek coklat? Jom, Min kongsikan resepi kek coklat kukus yang paling sedap dan confirm jadi!
Resepi Kek Coklat Kukus
Resepi oleh: Ain Elas
Bahan-Bahan
Bahan-bahan kek:
- Serbuk coklat – 1 cawan *
- Minyak masak – 1 cawan *
- Susu cair – 1 cawan *
- Susu pekat – 1 cawan *
- Gula – 1/2 cawan *
- Telur – 3 biji (gred B)
- Esen vanila- 1 sudu teh kecil
- Tepung gandum – 1 1/4 cawan
- Baking soda/ soda bicarbonat – 1 sudu teh
- Baking powder – 1 sudu teh
Cara-Cara
1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam kuali dan sentiasa kacau dengan menggunakan api sederhana besar hingga larut dan tak berketul.
2. Bila dah larut, boleh tutup api dan biarkan sejuk.
3. Kemudian, sediakan blender dan masukkan telur bersama esen vanilla. Blend dalam 1-2 minit.
4. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda.
5. Seterusnya, masukkan telur yg di blend tadi sikit demi sedikit di selang seli dengan bancuhan coklat tadi ke dalam bekas tepung
6. Kacau sebati ke semua bahan.
7. Sapukan sekeliling loyang dengan butter.
8. Panaskan/didihkan air dalam penggukus terlebih dahulu sebelum digunakan.
9. Kukus kek lebih kurang 40 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.
10. Bila kek dah siap, biarkan sejuk dahulu.
Bahan-Bahan Toping:
- Serbuk coklat – 1 cawan
- Minyak masak – 1/2 cawan
- Susu cair – 1/2 cawan
- Susu pekat – 1/2 cawan
Cara-Cara:
1. Guna kaedah double boiling ( didihkan air dalam periuk dahulu, kemudian masukkan periuk lain yg lebih kecil ke dalam periuk air )
2. Masukkan keempat empat bahan di atas dan tutup api. Kacau hingga berkilat dan tak berketul.
3. Kemudian, Bolehlah curah ke atas kek dan hias ikut citarasa sendiri.
Resepi Kek Coklat Kukus
Ingredients
- 1 cawan Serbuk coklat
- 1 cawan Minyak masak
- 1 cawan Susu cair
- 1 cawan Susu pekat
- 1/2 cawan gula
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 tbsp baking powder
- 1 tbsp baking soda
- 3 biji telur gred B
- 1 tbsp esen vanilla
Instructions
- 1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam kuali dan sentiasa kacau dengan menggunakan api sederhana besar hingga larut dan tak berketul.2. Bila dah larut, boleh tutup api dan biarkan sejuk.3. Kemudian, sediakan blender dan masukkan telur bersama esen vanilla. Blend dalam 1-2 minit.3. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda.4. Seterusnya, masukkan telur yg di blend tadi sikit demi sedikit di selang seli dengan bancuhan coklat tadi ke dalam bekas tepung. 5. Kacau sebati ke semua bahan.6. Sapukan sekeliling loyang dengan butter.7. Panaskan/didihkan air dalam penggukus terlebih dahulu sebelum digunakan.8. Kukus kek lebih kurang 40 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.9. Bila kek dah siap, biarkan sejuk dahulu.
Jom cuba pelbagai resepi yang lain dengan klik sini!