Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Kek Coklat Kukus. Moist, Sedap dan Mudah. Confirm Jadi!

Kek Coklat Kukus merupakan kek yang paling mudah untuk disediakan dan sangat sedap. Malah kek coklat antara kek yang paling digemari oleh orang ramai terutama kanak-kanak.

Meskipun kek ini mudah tetapi masih ramai yang lebih suka untuk membeli kek kerana tidak mahu mengambil risiko kek tidak jadi seperti yang diinginkan.

Gabungan kek dengan topping coklat dan badam menambahkan lagi kesedapan pada kek tersebut.

Anak-anak Mommy penggemar kek coklat? Jom, Min kongsikan resepi kek coklat kukus yang paling sedap dan confirm jadi!

Resepi Kek Coklat Kukus

Resepi oleh: Ain Elas

Bahan-Bahan

Bahan-bahan kek:

  • Serbuk coklat – 1 cawan *
  • Minyak masak – 1 cawan *
  • Susu cair – 1 cawan *
  • Susu pekat – 1 cawan *
  • Gula – 1/2 cawan *
  • Telur – 3 biji  (gred B)
  • Esen vanila- 1 sudu teh kecil
  • Tepung gandum – 1 1/4 cawan
  • Baking soda/ soda bicarbonat – 1 sudu teh
  • Baking powder – 1 sudu teh

Cara-Cara

1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam kuali dan sentiasa kacau dengan menggunakan api sederhana besar hingga larut dan tak berketul.

Kredit gambar: Youtube @ Ain Elas

2. Bila dah larut, boleh tutup api dan biarkan sejuk.

Kredit gambar: Youtube @ Ain Elas

3. Kemudian, sediakan blender dan masukkan telur bersama esen vanilla. Blend dalam 1-2 minit.

Kredit gambar: Youtube @ Ain Elas

4. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda.

Kredit gambar: Youtube @ Ain Elas

5. Seterusnya, masukkan telur yg di blend tadi sikit demi sedikit di selang seli dengan bancuhan coklat tadi ke dalam bekas tepung

Kredit gambar: Youtube @ Ain Elas

6. Kacau sebati ke semua bahan.

Kredit gambar: Youtube @ Ain Elas

7. Sapukan sekeliling loyang dengan butter.

Kredit gambar: Youtube @ Ain Elas

8. Panaskan/didihkan air dalam penggukus terlebih dahulu sebelum digunakan.

9. Kukus kek lebih kurang 40 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.

Kredit gambar: Youtube @ Ain Elas

10. Bila kek dah siap, biarkan sejuk dahulu.

Kredit gambar: Youtube @ Ain Elas

Bahan-Bahan Toping:

  • Serbuk coklat – 1 cawan
  • Minyak masak – 1/2 cawan
  • Susu cair – 1/2 cawan
  • Susu pekat – 1/2 cawan

Cara-Cara:

1. Guna kaedah double boiling ( didihkan air dalam periuk dahulu, kemudian masukkan periuk lain yg lebih kecil ke dalam periuk air )

Kredit gambar: Youtube @ Ain Elas

2. Masukkan keempat empat bahan di atas dan tutup api. Kacau hingga berkilat dan tak berketul.

Kredit gambar: Youtube @ Ain Elas

3. Kemudian, Bolehlah curah ke atas kek dan hias ikut citarasa sendiri.

Kredit gambar: Youtube @ Ain Elas
Print

Resepi Kek Coklat Kukus

Course Kek
Cuisine Malaysian
Keyword kek coklat

Ingredients

  • 1 cawan Serbuk coklat
  • 1 cawan Minyak masak
  • 1 cawan Susu cair
  • 1 cawan Susu pekat
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 tbsp baking powder
  • 1 tbsp baking soda
  • 3 biji telur gred B
  • 1 tbsp esen vanilla

Instructions

  • 1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam kuali dan sentiasa kacau dengan menggunakan api sederhana besar hingga larut dan tak berketul.
    2. Bila dah larut, boleh tutup api dan biarkan sejuk.3. Kemudian, sediakan blender dan masukkan telur bersama esen vanilla. Blend dalam 1-2 minit.
    3. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda.
    4. Seterusnya, masukkan telur yg di blend tadi sikit demi sedikit di selang seli dengan bancuhan coklat tadi ke dalam bekas tepung.
    5. Kacau sebati ke semua bahan.
    6. Sapukan sekeliling loyang dengan butter.
    7. Panaskan/didihkan air dalam penggukus terlebih dahulu sebelum digunakan.
    8. Kukus kek lebih kurang 40 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.
    9. Bila kek dah siap, biarkan sejuk dahulu.

Jom cuba pelbagai resepi yang lain dengan klik sini!