Resepi kek coklat moist meleleh ini boleh dibuat melalui dua cara atau kaedah iaitu dengan teknik bakar atau kukus. Kalau dahulu, teknik bakar selalu menjadi pilihan, namun sekarang disebabkan tak ramai orang yang mempunyai oven jadi pilihan cara memasak yang mudah adalah dengan mengukus.
Sebenarnya, kalau nak ikutkan kaedah memasak ni, tak lari banyak sangat rasanya pun. Terpulang pada citarasa Mommy semua. Cuma untuk kali ini, Motherhood nak kongsikan cara membuat resepi kek coklat moist meleleh versi kukus.
Untuk anda yang ingin mengetahui caranya, jom lihat perkongsian di bawah!
Resepi Kek Coklat Moist
Bahan-bahan
- 3 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan serbuk koko
- 3/4 cawan gula
- 3/4 cawan susu pekat
- 1 sudu besar ovallete
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan air panas
Cara-cara
#1. Pecahkan telur dan masukkan ovallete. Pukul sehingga sebati kemudian masukkkan gula dan pukul lagi sehingga ia menjadi kembang.
Setelah itu, masukkan esen vanila. Tuangkan susu pekat. Kacau sehingga sebati.
#2. Seterusnya, masukkan tepung gandum yang telah diayak. Campurkan baking powder, minyak masak, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati.
#3. Lapikkan loyang menggunakan baking paper dan sapu bahagian tepi loyang dengan butter.
Tuangkan adunan dalam loyang. Tutup permukaan loyang menggunakan plastik wrap. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
Bahan Topping:
- 300gm coklat dark compaund
- 2 sudu besar butter
- 1/2 cawan fresh milk
- Coklat rice
Cara-cara:
#1. Masukkan dark compound, susu segar dan butter dalam periuk menggunakan api yang paling kecil sehingga mencapai kepekatan yang Mommy inginkan.
#2. Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dituang ke atas kek yang juga telah sejuk. Hiaskan dengan taburan coklat rice.
Tips/Petua Menyediakan Resepi Kek Coklat Moist
- Untuk dapatkan kek yang sempurna, Mommy perlu pastikan suhu oven adalah tepat dan masa memasak adalah betul atau sehingga kek benar-benar masak.
- Kalau kek mendap di bahagian tengah, ia biasanya disebabkan oleh suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak yang terlalu pendek.
- Malah, kek yang mendap di bahagian tengah juga menunjukkan sukatan mentega yang Mommy masukkan terlampau banyak atau disebabkan Mommy membiarkan mentega terlalu lama di luar di mana ia menjadi cair sedikit.
- Untuk elakkan kek menjadi perang terlalu cepat, Mommy perlu tutup aluminium foil sedikit longgar sehingga ia masak.
- Pastikan juga Mommy menggunakan api atas dan bawah hanya jika terdapat “kipas” pada dinding belakang oven. Jika tiada kipas, cukup menggunakan api bawah saja pada suhu 190°C.
Resepi Kek Coklat Moist
Ingredients
Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- 1 cawan air panas
- 1 cawan minyak masak
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 sk baking powder
- 1 sk esen vanila
- 1 sb ovallete
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan serbuk koko
- 3/4 cawan gula
- 3/4 cawan susu pekat
Bahan Topping:
- 300 gram coklat dark compaund
- 2 sb butter
- 1/2 cawan fresh milk
- Coklat rice
Instructions
Cara-cara:
- Pecahkan telur dan masukkan ovallete. Pukul sehingga sebati kemudian masukkkan gula dan pukul lagi sehingga ia menjadi kembang.
- Setelah itu, masukkan esen vanila. Tuangkan susu pekat. Kacau sehingga sebati.
- Seterusnya, masukkan tepung gandum yang telah diayak. Campurkan baking powder, minyak masak, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati.
- Lapikkan loyang menggunakan baking paper dan sapu bahagian tepi loyang dengan butter.
- Tuangkan adunan dalam loyang. Tutup permukaan loyang menggunakan plastik wrap. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
- Untuk topping pula. Masukkan dark compound, susu segar dan butter dalam periuk menggunakan api yang paling kecil sehingga mencapai kepekatan yang Mommy inginkan.
- Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dituang ke atas kek yang juga telah sejuk. Hiaskan dengan taburan coklat rice.
Semoga perkongsian resepi ini memberi manfaat!
Jom cuba pelbagai resepi yang lain dengan klik SINI!