Pecahkan telur dan masukkan ovallete. Pukul sehingga sebati kemudian masukkkan gula dan pukul lagi sehingga ia menjadi kembang.
Setelah itu, masukkan esen vanila. Tuangkan susu pekat. Kacau sehingga sebati.
Seterusnya, masukkan tepung gandum yang telah diayak. Campurkan baking powder, minyak masak, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati.
Lapikkan loyang menggunakan baking paper dan sapu bahagian tepi loyang dengan butter.
Tuangkan adunan dalam loyang. Tutup permukaan loyang menggunakan plastik wrap. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
Untuk topping pula. Masukkan dark compound, susu segar dan butter dalam periuk menggunakan api yang paling kecil sehingga mencapai kepekatan yang Mommy inginkan.
Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dituang ke atas kek yang juga telah sejuk. Hiaskan dengan taburan coklat rice.