Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Kek Pisang Kukus Gebu dan Sedap Hanya Guna Blender

Kek Pisang Kukus antara kek yang dibuat menggunakan pisang yang asli. Kek pisang ini bukan sahaja mudah tetapi tidak menggunakan bahan yang banyak. Kek pisang juga merupakan kek yang selalu laris di pasaran kerana sentiasa mendapat sambutan tinggi daripada orang ramai.

Jika Mommy ingin mencari pendapatan tepi, Mommy juga boleh membuat kek pisang kukus ini untuk dijual.

Disebabkan kek pisang ini boleh dibuat dengan pelbagai cara jadi Min akan kongsikan resepi yang mudah kepada Mommy untuk buat di rumah.

Resepi Kek Pisang KukusĀ 

Resepi oleh: Anis Kamal

Bahan-BahanĀ 

  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 5 biji pisang berangan
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-Cara

  1. Masukkan telur dan gula ke dalam pengisar (blender) dan kisar hingga kembang. Anggaran kisaran dalam 5 minit. Kemudian masukkan minyak dan esen vanilla. Kisar sekejap.
Kredit gambar: Youtube @ FayyadhAzreen

2. Seterusnya masukkan pisang yang telah dilenyek. Kisar.

Kredit gambar: Youtube @ FayyadhAzreen

3. Dalam bekas yang lain, ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.

Kredit gambar: Youtube @ FayyadhAzreen

4. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi. Kaup balikkan hingga sebati dan rata.

Kredit gambar: Youtube @ FayyadhAzreen

5. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang telah dioles minyak. Letak kepingan pisang hiris diatasnya.

Kredit gambar: Youtube @ FayyadhAzreen

6. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak. Sedia untuk dinikmati.

Tips Resepi Kek Pisang Kukus Yang Gebu dan Sedap

  1. Jika nak hasilkan kek pisang yang berurat, kisar pisang selama 1 minit sahaja.
  2. Jika nak pastikan kek sudah masak atau belum, cucuk menggunakan lidin. Jika licin dan tidak melekat, ia menandakan kek telah masak.
  3. Untuk hiasan, potong pisang nipis-nipis. Jika tebal, pisang akan tenggelam.
Print

Resepi Kek Pisang Kukus

Course Kek, Pemanis Mulut
Cuisine Malaysian
Keyword kek pisang kukus

Ingredients

  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 tbsp esen vanila
  • 1 tbsp baking powder
  • 1 tbsp soda bikarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 biji buah berangan

Instructions

  • Masukkan telur dan gula ke dalam pengisar ( blender) dan kisar hingga kembang. Anggaran kisaran dalam 5 minit.
    Kemudian masukkan minyak dan esen vanilla. Kisar sekejap.Seterusnya masukkan pisang yang telah dilenyek. Kisar.
    Dalam bekas yang lain, ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
    Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi. Gaul semua hingga sebati dan rata.Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang telah dioles minyak.
    Letak kepingan pisang hiris diatasnya.
    Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak.
    Sedia untuk dinikmati.

Dapatkan pelbagai resepi kek, lauk pauk, dessert dan lain-lain di SINI.