Tak pandai buat kek tapi anak-anak minta buatkan pula, macam mana ni! Jangan risau Mommy, kali ini kami nak kongsikan kepada Mommy semua cara-cara buat resepi kek pisang bakar guna sukatan cawan yang memang confirm menjadi!
Mommy tak perlu risau lagi kek hangus ke, kurang masak ke, tak sedap ke semua benda tu Mommy dah boleh letak ketepi! Yang bestnya lagi, resepi kek pisang viral sukatan cawan ini tak guna banyak bahan pun dan bahan-bahannya pula sangat murah dan menjimatkan.
Hanya dengan 5 biji pisang, Mommy dah boleh dapatkan satu loyang kek, memang puas hati la makan dari membazir duit beli di luar yang belum tentu kena dengan selera tekak kita! Jadinya Mommy, dari membuang masa, jom kita lihat cara buat kek pisang gebu yang sangat enak dan berkhasiat serta mengenyangkan ini!
Resepi Kek Pisang
Bahan-bahan:
- 7 biji pisang
- 3 biji telur
- 1 sk cuka
- 1sk soda bikarbonat
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan minyak masak
- 1 ¾ cawan atau 180 gram tepung gandum
- Sedikit esen vanila
- Sedikit esen pisang
Cara-cara:
#1. Mula-mula Mommy lenyek 5 biji pisang sehingga ia menjadi lumat. Setelah itu, masukkan 1sk cuka dan gaul sebati semua bahan. Biarkan seketika.
#2. Kemudian, masukkan 3 biji telur, 1 cawan gula halus, sedikit esen vanila dan pisang ke dalam mixer kalau tak ada boleh gunakan blender. Kacau sehingga semua bahan sebati.
#3. Setelah itu, Mommy masukkan pula 1 cawan minyak masak.
#4. Masukkan pula tepung yang telah siap diayak dan 1sk soda bikarbonat. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehinggalah ia habis.
#5. Kemudian, masukkan pula pisang telah Mommy lenyek sebentar tadi dan gaul rata semua bahan.
#6. Setelah itu, tuang adunan ke dalam loyang yang berukuran 7×7 yang telah dilapik dengan baking paper.
Mommy boleh hiaskan bahagian atas dengan lebihan pisang yang dihiris nipis untuk cantikkan lagi rupa kek pisang ini.
#7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celsius dengan anggaran masa selama 45 minit menggunakan api atas dan bawah.
#8. Setelah siap dibakar, Mommy terbalikkan kek dan sapu mentega di bahagian bawah dan terbalikkan semula.
Tujuannya untuk jadikan bahagian bawah lebih rangup. Lakukan ketika kek masih lagi panas. Siap untuk dihidang.
Tips/Petua Membuat Resepi Kek Pisang
- Kalau Mommy tak mahu guna pisang emas, boleh gantikannya dengan pisang lain contohnya seperti pisang berangan.
- Kalau was-was kek dah masak ke belum, Mommy ambil garfu atau lidi dan cucuk di atas kek. Jika ada adunan yang melekat, maksudnya ia belum masak sempurna.
Resepi Kek Pisang
Ingredients
- 7 biji pisang
- 3 biji telur
- 1 sk cuka
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan minyak masak
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1/2 sk esen vanila
- 1/2 sk esen pisang
Instructions
- Mula-mula Mommy lenyek 5 biji pisang sehingga ia menjadi lumat. Setelah itu, masukkan 1sk cuka dan gaul sebati semua bahan. Biarkan seketika.
- Kemudian, masukkan 3 biji telur, 1 cawan gula halus, sedikit esen vanila dan pisang ke dalam mixer kalau tak ada boleh gunakan blender. Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Setelah itu, Mommy masukkan pula 1 cawan minyak masak.
- Masukkan pula tepung yang telah siap diayak dan 1sk soda bikarbonat. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehinggalah ia habis.
- Kemudian, masukkan pula pisang telah Mommy lenyek sebentar tadi dan gaul rata semua bahan.
- Setelah itu, tuang adunan ke dalam loyang yang berukuran 7x7 yang telah dilapik dengan baking paper.
- Mommy boleh hiaskan bahagian atas dengan lebihan pisang yang dihiris nipis untuk cantikkan lagi rupa kek pisang ini.
- Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celsius dengan anggaran masa selama 45 minit menggunakan api atas dan bawah.
- Setelah siap dibakar, Mommy terbalikkan kek dan sapu mentega di bahagian bawah dan terbalikkan semula. Tujuannya untuk jadikan bahagian bawah lebih rangup. Lakukan ketika kek masih lagi panas. Siap untuk dihidang.
Semoga dengan perkongsian resepi kek pisang moist ini membantu Mommy memenuhi permintaan anak-anak dan menambah keyakinan Mommy untuk terus membuat kek yang lain pula. Semoga membantu!
Dapatkan pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!