Mula-mula Mommy lenyek 5 biji pisang sehingga ia menjadi lumat. Setelah itu, masukkan 1sk cuka dan gaul sebati semua bahan. Biarkan seketika.
Kemudian, masukkan 3 biji telur, 1 cawan gula halus, sedikit esen vanila dan pisang ke dalam mixer kalau tak ada boleh gunakan blender. Kacau sehingga semua bahan sebati.
Setelah itu, Mommy masukkan pula 1 cawan minyak masak.
Masukkan pula tepung yang telah siap diayak dan 1sk soda bikarbonat. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehinggalah ia habis.
Kemudian, masukkan pula pisang telah Mommy lenyek sebentar tadi dan gaul rata semua bahan.
Setelah itu, tuang adunan ke dalam loyang yang berukuran 7x7 yang telah dilapik dengan baking paper.
Mommy boleh hiaskan bahagian atas dengan lebihan pisang yang dihiris nipis untuk cantikkan lagi rupa kek pisang ini.
Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celsius dengan anggaran masa selama 45 minit menggunakan api atas dan bawah.
Setelah siap dibakar, Mommy terbalikkan kek dan sapu mentega di bahagian bawah dan terbalikkan semula. Tujuannya untuk jadikan bahagian bawah lebih rangup. Lakukan ketika kek masih lagi panas. Siap untuk dihidang.