Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Kek Sweet Potato Kukus (Tanpa Telur) Yang Baik untuk Kesihatan Mata, Tulang & Kulit

Sweet potato atau ubi keledek kaya dengan serat dan juga pelbagai vitamin dan mineral.

Ubi keledek juga merupakan sumber vitamin A, B, dan C yang sangat bagus untuk penglihatan, kesihatan tulang, kulit, dan juga membantu dalam meningkatkan sistem imuniti badan kita. 

Kredit: Pinterest

Oleh kerana khasiatnya yang pelbagai, adalah penting untuk Mommy cuba untuk menambahkan ‘sweet potato’ ini ke dalam masakan kita. Hari ini, saya ingin kongsikan satu resepi kek ubi keledek kukus yang bukan sahaj enak dan mudah, malah sangat cantik; pasti anda akan sukakannya daripada gigitan pertama! 

Yang lagi best dan pentingnya tentang resepi ini ialah, saya tidak menggunakan telur. Jadi, ia sangat sesuai untuk mereka yang tidak boleh makan telur. 

Untuk membuat kek kukus yang lembut, ringan  dan ‘spongy’ ini sebenarnya sangat mudah! Kek ini bagus sebagai sarapan pagi atau snek ringan untuk anak-anak semasa berada di sekolah. 

Print

Resepi Kek Sweet Potato Kukus (Tanpa Telur)

Sweet potato atau ubi keledek kaya dengan serat dan juga pelbagai vitamin dan mineral. Ubi keledek juga merupakan sumber vitamin A, B,
Course Kek
Cuisine Malaysian
Keyword cake
Prep Time 1 hour
Cook Time 15 minutes
Servings 8 people
Author Merryn Tan

Ingredients

  • 100 g Ubi keledek ungu 
  • 100 g Ubi keledek kuning
  • 240 g Tepung gandum
  • 320 ml susu
  • 140 g gula
  • 50 g minyak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil Yeast segera

Instructions

  • Kukus 100g ubi keledek ungu dan kuning bersama daun pandan hingga lembut. Daun pandan menambahkan aroma pada ubi keledek.
  • Sementara itu, sediakan adunan - campurkan tepung gandum, ‘yeast’ segera, gula dan garam.
  • Masukkan susu dan gaul hingga membentuk adunan halus.
  • Masukkan minyak dan kacau adunan tersebut.
  • Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian yang sama.
  • Keluarkan daun pandan dari rebusan ubi keledek dan lenyek ubi keledek tersebut sehingga halus.
  • Campurkan ubi keledek yang telah dilenyek ke dalam adunan.
  • Tutup dan biarkan adunan selama satu jam.
  • Masukkan adunan ke dalam beg piping dan ke dalam cawan kertas. Picit kedua-dua beg piping secara serentak untuk mendapatkan pusingan kedua-dua warna yang sekata.
  • Kukus selama 15 minit dan siap untuk dihidang!

Video

 

Kek kukus yang lembut dan sihat ini juga mudah dicerna, jadi sangat sesuai untuk diberikan pada anak kecil.

Untuk memudahkan Mommy semua, jom lihat video di bawah cara-cara saya membuat kek ubi keledek kukus tanpa telur ini. 

Kek ubi keledek kukus ini tetap lembut dan enak pada keesokan harinya. Kek ini menjadi pilihan snek yang baik sebagai  makanan ringan anak-anak, walaupun semasa anda sibuk di waktu pagi. 

Jangan lupa untuk nantikan pelbagai resepi menarik dan menyelerakan di ‘Mums Homemade Recipe’ bersama Motherhood Story

Artikel ini telah diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.