- Kukus 100g ubi keledek ungu dan kuning bersama daun pandan hingga lembut. Daun pandan menambahkan aroma pada ubi keledek. 
- Sementara itu, sediakan adunan -  campurkan tepung gandum, ‘yeast’ segera, gula dan garam. 
- Masukkan susu dan gaul hingga membentuk adunan halus. 
- Masukkan minyak dan kacau adunan tersebut. 
- Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian yang sama. 
- Keluarkan daun pandan dari rebusan ubi keledek dan lenyek ubi keledek tersebut sehingga halus.  
- Campurkan ubi keledek yang telah dilenyek ke dalam adunan.  
- Tutup dan biarkan adunan selama satu jam. 
- Masukkan adunan ke dalam beg piping dan ke dalam cawan kertas. Picit kedua-dua beg piping secara serentak untuk mendapatkan pusingan kedua-dua warna yang sekata. 
- Kukus selama 15 minit dan siap untuk dihidang!