Ikan ataupun makanan laut, semestinya protein pelengkap untuk diet yang seimbang. Bagi Mommy yang mahu mencari resepi yang memberikan rasa masam, manis, dan masin, boleh la cuba resepi Kerabu Ikan ini!
Bahan-bahannya hanya menggunakan bahan-bahan yang selalu digunakan setiap hari. Jadi, kalau ada yang dah habis di dapur tu, senanglah untuk Mommy dapatkannya di pasaraya atau kedai runcit yang berdekatan.
Khasiat Ikan kepada Kesihatan
Lemak daripada ikan adalah lemak tidak tepu. Maksudnya, ikan memberikan kemudahan untuk kita cerna makanan dengan baik. Nutrisi ikan termasuklah lemak Omega-3, Vitamin D dan B2 (riboflavin), Kalsium, Fosfor dan Mineral seperti zat besi, magnesium, dan kalium.
Kebaikan mengambil ikan dalam diet seharian adalah termasuk:
- Mengandungi nutrisi yang banyak untuk badan kita
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Boleh mengurangkan penyakit auto-imun, termasuk diabetes tahap 1
- Boleh melindungi otak daripada nyanyuk.
- Boleh mencegah penyakit lelah pada kanak-kanak
- Sumber baik untuk Vitamin D
Kalau sebelum ini Mommy dah cuba resepi kerabu ikan bilis dan tempe, jom cuba resepi kerabu ikan ni pula. Mesti Mommy tak sabar nak masak kan?
Menu ini sesuai untuk makan tengah hari ataupun waktu malam. Hanya switch-on air fryer Mommy sahaja dan masukkan bahan-bahan yang disenaraikan di bawah. Mudah bukan?
Resepi Kerabu Ikan Guna Air Fryer
Resepi Kerabu Ikan
Equipment
- Air Fryer
Ingredients
BAHAN-BAHAN A
- 2 ekor ikan kembung
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 3 sudu makan jus limau
- 2 sudu makan sos cili Thai
- Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (Dihiris)
- 3 batang serai
- 1 labu bawang besar
- 1 biji tomato
- 2 biji chili merah
- 1 biji cili hijau
- 1 pokok daun ketumbar
Instructions
- Panaskan air fryer pada suhu 200°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
- Kelarkan ikan dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian, sapukan minyak zaitun di semua bahagian ikan.
- Masukkan ke dalam air fryer dan masak selama 10 minit.
- Terbalikkan ikan menggunakan senduk dan masak lagi 5 minit.
- Ambil isi Ikan dan buangkan tulangnya.
- Masukkan isi ikan, bahan-bahan B, jus limau, sos cili Thai, dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata dan hidangkan.
Kalau Mommy tak biasa dengan menu ini, jangan risau. Cuba dahulu dan pasti Mommy dan seisi keluarga akan nantikan menu ini setiap minggu/bulan.
Selamat mencuba Mommy!