Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Masak Kerabu Guna Air Fryer: Resepi Kerabu Ikan Yang Penuh Khasiat

kerabu ikan

Ikan ataupun makanan laut, semestinya protein pelengkap untuk diet yang seimbang. Bagi Mommy yang mahu mencari resepi yang memberikan rasa masam, manis, dan masin, boleh la cuba resepi Kerabu Ikan ini!

Bahan-bahannya hanya menggunakan bahan-bahan yang selalu digunakan setiap hari. Jadi, kalau ada yang dah habis di dapur tu, senanglah untuk Mommy dapatkannya di pasaraya atau kedai runcit yang berdekatan.

Khasiat Ikan kepada Kesihatan

Sumber: Detikfood

Lemak daripada ikan adalah lemak tidak tepu. Maksudnya, ikan memberikan kemudahan untuk kita cerna makanan dengan baik. Nutrisi ikan termasuklah lemak Omega-3, Vitamin D dan B2 (riboflavin), Kalsium, Fosfor dan Mineral seperti zat besi, magnesium, dan kalium.

Kebaikan mengambil ikan dalam diet seharian adalah termasuk:

  • Mengandungi nutrisi yang banyak untuk badan kita
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Boleh mengurangkan penyakit auto-imun, termasuk diabetes tahap 1
  • Boleh melindungi otak daripada nyanyuk.
  • Boleh mencegah penyakit lelah pada kanak-kanak
  • Sumber baik untuk Vitamin D

Kalau sebelum ini Mommy dah cuba resepi kerabu ikan bilis dan tempe, jom cuba resepi kerabu ikan ni pula. Mesti Mommy tak sabar nak masak kan?

Menu ini sesuai untuk makan tengah hari ataupun waktu malam. Hanya switch-on air fryer Mommy sahaja dan masukkan bahan-bahan yang disenaraikan di bawah. Mudah bukan?

Resepi Kerabu Ikan Guna Air Fryer

Print

Resepi Kerabu Ikan

Diet seimbang untuk yang sedang menjaga pemakanan.
Course Makan Tengah Hari
Cuisine Malaysian
Keyword ikan, Salad/Kerabu/Ulam-ulaman
Prep Time 15 minutes
Cook Time 18 minutes
Total Time 33 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

BAHAN-BAHAN A

  • 2 ekor ikan kembung
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 3 sudu makan jus limau
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN B (Dihiris)

  • 3 batang serai
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 2 biji chili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 pokok daun ketumbar

Instructions

  • Panaskan air fryer pada suhu 200°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Kelarkan ikan dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian, sapukan minyak zaitun di semua bahagian ikan.
  • Masukkan ke dalam air fryer dan masak selama 10 minit.
  • Terbalikkan ikan menggunakan senduk dan masak lagi 5 minit.
  • Ambil isi Ikan dan buangkan tulangnya.
  • Masukkan isi ikan, bahan-bahan B, jus limau, sos cili Thai, dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata dan hidangkan.

Kalau Mommy tak biasa dengan menu ini, jangan risau. Cuba dahulu dan pasti Mommy dan seisi keluarga akan nantikan menu ini setiap minggu/bulan.

Selamat mencuba Mommy!