Dah bosan makan mi segera berkuah seperti kari dan tomyam? Boleh cuba resepi baharu ini, Kerabu Mi Segera yang lazat dan pastinya hingga licin pinggan! Resepi kerabu kali ini penuh dengan makanan laut seperti udang, sotong, dan stik ketam dan lengkap rasa masam, manis, pedasnya.
Sebelum itu, jom ketahui khasiat makanan laut kepada kesihatan.
Khasiat Makanan Laut
Makanan laut merupakan antara sumber protein untuk pemakanan seimbang. Disebabkan tekstur serta rasa yang unik, ia turut berasa seperti daging dan juga ayam, dan ini menjadikan makanan laut kegemaran orang ramai.
Antara kebaikan memakan makanan laut ini adalah, ia boleh menjadikan tona kulit muka lebih cantik dan sekata. Seterusnya, dapat menjaga kesihatan tulang serta gigi yang sihat.
Juliette Kellow, perunding diet yang bekerja di sektor perikanan United Kingdom mengatakan terdapat beberapa jenis makanan laut yang boleh diamalkan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan dapat membantu dalam mengelakkan penyakit Dimentia dan Alzheimer.
SOTONG
Sotong mempunyai pelbagai khasiat seperti Omega-3, tembaga, zink, vitamin B, dan sodium.
Adakah Mommy tahu bahawa sotong mempunyai tembaga yang penting untuk metabolisme, penyerapan, penyimpanan serta pembentukan semula sel darah merah? Tambahan pula dengan vitamin B yang tinggi, ia dapat membantu dalam membekalkan fosfur serta kalsium bagi kesihatan tulang dan juga gigi.
UDANG
Udang pula antara makanan laut yang tinggi kolesterol. Namun ia mengandungi sumber mineral seperti zink, sodium dan selenium.
Udang yang segar adalah tinggi dengan vitamin B12 yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia bagi pembahagian sel. Untuk pengetahuan Mommy, Vitamin B12 hanya boleh diperolehi daripada daging serta ikan sahaja.
Ia juga dapat memberi keseimbangan hormon badan. Bagi yang aktif bersukan, pengambilan udang dapat membantu menghasilkan hormon serta menyeimbangkan jumlah hormon.
Ia juga dikatakan dapat membantu mencegah penyakit kanser kerana terdapat kandungan selenium yang dapat mencegah pertumbuhan sel kanser.
Selain itu, kebaikan udang juga adalah ia boleh mencegah penyakit jantung, diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Udang juga mengandungi anti inflamasi. Walau bagaimanapun, udang memiliki kandungan lemak yang sangat rendah iaitu sekitar 100 kalori per 100g.
Haa, sekarang dah tahu khasiat makanan laut, mari mula memasak! Di bawah adalah resepi Kerabu Mi Segera yang sesuai dijadikan salah satu lauk utama atau ‘snek’ waktu malam.
Selamat mencuba!
Resepi Kerabu Mi Segera
Equipment
- Air Fryer
Ingredients
BAHAN-BAHAN A
- 2 paket mi segera perisa tomyam
- 1 paket perisa tomyam
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 ekor sotong sederhana dibuang kulit
- 5 ekor udang sederhana dibuang kulit
- 1 batang sosej dihiris
- 3 batang stik ketam dibuang plastik
- 2 sudu makan jus limau kasturi
- Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS HALUS)
- ½ batang timun
- ½ batang lobak merah
- 2 biji cili api
- 1 biji cili merah
- ½ labu bawang besar
- 1 pokok daun ketumbar
Instructions
- Masukkan mi segera ke dalam mangkuk stainless steel dan rendamkan dengan air mendidih hingga lembut. Kemudian, toskan.
- Gaulkan mi segera dengan serbuk perisa tomyam dan minyak zaitun.
- Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
- Gaulkan sotong, udang, dan sosej dengan sedikit garam. Sapukan dengan minyak zaitun.
- Masukkan ke dalam Air Fryer dan masak selama 5 minit.
- Masukkan mi bersama semua bahan yang digaulkan tadi, Bahan A dan Bahan B. Kemudian gaulkan hingga sebati.
- Selepas gaulkan semua, ianya sedia untuk dihidangkan.