Go Back
+ servings

Resepi Kerabu Mi Segera

Resepi kerabu yang mudah dibuat dengan bahan yang sedia ada di dapur dan pastinya menyelerakan.
Prep Time 15 mins
Cook Time 23 mins
Total Time 38 mins
Course Makan Malam, Makan Tengah Hari
Cuisine Malaysian
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients
  

BAHAN-BAHAN A

  • 2 paket mi segera perisa tomyam
  • 1 paket perisa tomyam
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1 ekor sotong sederhana dibuang kulit
  • 5 ekor udang sederhana dibuang kulit
  • 1 batang sosej dihiris
  • 3 batang stik ketam dibuang plastik
  • 2 sudu makan jus limau kasturi
  • Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS HALUS)

  • ½ batang timun
  • ½ batang lobak merah
  • 2 biji cili api
  • 1 biji cili merah
  • ½ labu bawang besar
  • 1 pokok daun ketumbar

Instructions
 

  • Masukkan mi segera ke dalam mangkuk stainless steel dan rendamkan dengan air mendidih hingga lembut. Kemudian, toskan.
  • Gaulkan mi segera dengan serbuk perisa tomyam dan minyak zaitun.
  • Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Gaulkan sotong, udang, dan sosej dengan sedikit garam. Sapukan dengan minyak zaitun.
  • Masukkan ke dalam Air Fryer dan masak selama 5 minit.
  • Masukkan mi bersama semua bahan yang digaulkan tadi, Bahan A dan Bahan B. Kemudian gaulkan hingga sebati.
  • Selepas gaulkan semua, ianya sedia untuk dihidangkan.
Keyword Mi/Pasta, Salad/Kerabu/Ulam-ulaman
Tried this recipe?Let us know how it was!