Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ketam Kam Heong Versi Mudah dan Cepat, Confirm Sedap!

Selalu kalau ada ketam kat rumah, mesti masak gulai cili padi je. Apa kata Mommy cuba masak ketam masak Kam Heong pula.

Ketam masak Kam Heong sedap ke? Sedap sangat Mommy! Nampak macam simple je tapi sangat sesuai untuk dihidangkan pada ahli keluarga.

Sama seperti resepi lala kam heong sebelum ini, resepi ketam masak kam heong adalah hidangan masakan Melayu Cina yang terkenal di Malaysia dan Singapura.

“Kam Heong” bermaksud “buih emas,” dan hidangan ini mendapat namanya daripada perpaduan rempah dan bahan-bahan yang kaya dengan aroma dan rasa.

Resepi Ketam Kam Heong

Bahan-Bahan:

  • 3 ekor ketam dipotong kecil
  • udang kering
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • daun kari
  • 8 biji cili padi merah
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara Memasak: 

1. Tabur tepung jagung pada ketam. Kemudian gaul rata dan goreng dalam minyak panas. Jangan goreng terlalu lama dan garing. Bila dah kekuningan sikit bolehlah angkat dan toskan minyak.

Kredit Gambar: Youtube@Sheila rusly

2. Potong dadu bawang besar, cincang bawang putih dan potong kecil cili padi.

Kredit Gambar: Youtube@Sheila rusly

3. Tumis udang kering menggunakan minyak menggoreng ketam. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi (kalau tak nak pedas boleh kurangkan), daun kari. Tumis sampai garing.

Kredit Gambar: Youtube@Sheila rusly

4. Masukkan serbuk kari, sos tiram, kicap pekat dan gaul rata. Masukkan sedikit gula, garam, air dan kacau sampai sebati.

Kredit Gambar: Youtube@Sheila rusly

5. Akhir sekali masukkan ketam dan gaul rata. Siap untuk dihidang dan dinikmati.

Kredit Gambar: Youtube@Sheila rusly

 

Print

Resepi Ketam Kam Heong

Course Makan Tengah Hari

Ingredients

  • 3 ekor ketam dipotong kecil
  • udang kering
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • daun kari
  • 8 biji cili padi merah
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar tepung jagung

Instructions

  • Tabur tepung jagung pada ketam. Kemudian gaul rata dan goreng dalam minyak panas. Jangan goreng terlalu lama dan garing. Bila dah kekuningan sikit bolehlah angkat dan toskan minyak.
  • Potong dadu bawang besar, cincang bawang putih dan potong kecil cili padi.
  • Tumis udang kering menggunakan minyak menggoreng ketam. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi (kalau tak nak pedas boleh kurangkan), daun kari. Tumis sampai garing.
  • Masukkan serbuk kari, sos tiram, kicap pekat dan gaul rata. Masukkan sedikit gula, garam, air dan kacau sampai sebati.
  • Akhir sekali masukkan ketam dan gaul rata. Siap untuk dihidang dan dinikmati.

Selamat Mencuba Mommy!


Dapatkan pelbagai pilihan resepi yang menarik di SINI.