Go Back

Resepi Ketam Kam Heong

Course Makan Tengah Hari

Ingredients
  

  • 3 ekor ketam dipotong kecil
  • udang kering
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • daun kari
  • 8 biji cili padi merah
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar tepung jagung

Instructions
 

  • Tabur tepung jagung pada ketam. Kemudian gaul rata dan goreng dalam minyak panas. Jangan goreng terlalu lama dan garing. Bila dah kekuningan sikit bolehlah angkat dan toskan minyak.
  • Potong dadu bawang besar, cincang bawang putih dan potong kecil cili padi.
  • Tumis udang kering menggunakan minyak menggoreng ketam. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi (kalau tak nak pedas boleh kurangkan), daun kari. Tumis sampai garing.
  • Masukkan serbuk kari, sos tiram, kicap pekat dan gaul rata. Masukkan sedikit gula, garam, air dan kacau sampai sebati.
  • Akhir sekali masukkan ketam dan gaul rata. Siap untuk dihidang dan dinikmati.
Tried this recipe?Let us know how it was!