Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi “POWER”!

resepi ketam masak lemak

Kredit gambar: YouTube @Masak Apa Bossku?

Ketam Masak Lemak Cili Padi adalah hidangan yang lazat dengan kuahnya rasa lemak pedas, sesuai untuk penggemar makanan laut.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi ini juga turut menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah-langkah penyediaannya juga sangatlah mudah dan ringkas.

Mudah buat Mommy-mommy yang bekerjaya!

Tanpa membuang masa, jom Mommy, kita lihat bagaimana cara untuk menyediakan hidangan lazat ini di bawah!

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 7 biji cili padi
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit (atau kunyit hidup dalam sebesar ibu jari)
  • 10 ekor ketam, dicuci
  • 1 batang serai, diketuk
  • 2 helai daun kunyit, dihiris
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 asam keping
  • Garam dan maggi cukup rasa secukupnya

Cara Memasak:

#1. Basuh ketam sehingga bersih dan sediakan bahan seperti yang tertera di atas. Pastikan Mommy memilih ketam yang masih segar ya!

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Blend semua bahan bahan blend dengan sedikit air. Mommy boleh memilih untuk mengisar halus atau kasar, sesuai dengan citarasa Mommy.

#3. Masukkan serai dan bahan yang telah di-blend ke dalam kuali. Tumis seketika hingga mendidih.

#4. Setelah itu, masukkan ketam, asam keping, dan tambahkan sedikit air. Kacau sebentar dan tutup kuali, biarkan selama 5-10 minit.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Akhir sekali, tambahkan santan, daun kunyit, garam, dan perasa secukupnya. Perlahankan api dan kacau perlahan untuk mengelakkan santan pecah.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Masak selama kira-kira 10 minit atau sehingga Mommy rasakan semua bahan-bahan telah masak dengan cukup baik dan santan pula berubah menjadi pekat.

resepi ketam masak lemak
Print

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Ingredients

Bahan-bahan:

  • biji Bawang Merah
  • 6 ulas Bawang Putih
  • 1 cm Halia
  • 7 biji Cili Padi
  • ½ Sudu Makan Serbuk Kunyit atau kunyit hidup dalam sebesar ibu jari
  • 10 Ekor Ketam dicuci
  • 1 batang Serai diketuk
  • 2 Helai Daun Kunyit dihiris
  • 1 kotak kecil Santan
  • 2 Asam Keping
  • Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya

Instructions

Cara-cara masak

  • Basuh ketam sehingga bersih dan sediakan bahan seperti yang tertera di atas. Blend semua bahan bahan blend dengan sedikit air.
  • Anda boleh memilih untuk mengisar halus atau kasar, sesuai dengan citarasa anda.
  • Masukkan serai dan bahan yang telah di-blend ke dalam kuali. Tumis seketika hingga mendidih.
  • Setelah itu, masukkan ketam, asam keping, dan tambahkan sedikit air. Kacau sebentar dan tutup kuali, biarkan selama 5-10 minit.
  • Akhir sekali, tambahkan santan, daun kunyit, garam, dan perasa secukupnya. Perlahankan api dan kacau perlahan untuk mengelakkan santan pecah.
  • Masak selama kira-kira 10 minit hingga bahan masak dengan baik dan santan menjadi pekat.

Setelah siap memasak, Mommy boleh hidangkan hidangan Ketam Masak Lemak Cili Padi ini dengan nasi yang masih lagi panas-panas. Semoga menu ringkas tapi memikat rasa ini bakal mempesonakan selera Mommy sekeluarga dan selamat mencuba keenakan rasanya!


Jom cuba pelbagai lagi resepi-resepi menarik yang lain di SINI!