Go Back
resepi ketam masak lemak

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Course Menu Utama
Cuisine Melayu

Ingredients
  

  • biji Bawang Merah
  • 6 ulas Bawang Putih
  • 1 cm Halia
  • 7 biji Cili Padi
  • ½ sudu Makan Serbuk Kunyit (atau kunyit hidup sebesar ibu jari)
  • 10 ekor Ketam dicuci
  • 1 batang Serai diketuk
  • 2 helai Daun Kunyit dihiris
  • 1 kotak kecil Santan
  • 2 Asam Keping
  • Garam

Instructions
 

  • Basuh ketam sehingga bersih dan sediakan bahan seperti yang tertera di atas. Kisar semua bahan-bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih, halia, dan cili padi dengan sedikit air.
  • Anda boleh memilih untuk mengisar halus atau kasar, sesuai dengan citarasa anda.
  • Masukkan serai dan bahan yang telah di-blend ke dalam kuali. Tumis seketika hingga mendidih.
  • Setelah itu, masukkan ketam, asam keping, dan tambahkan sedikit air. Kacau sebentar dan tutup kuali, biarkan selama 5-10 minit.
  • Akhir sekali, tambahkan santan, daun kunyit, garam, dan perasa secukupnya. Perlahankan api dan kacau perlahan untuk mengelakkan santan pecah.
  • Masak selama kira-kira 10 minit hingga bahan masak dengan baik dan santan menjadi pekat.
Keyword Keluarga
Tried this recipe?Let us know how it was!