Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Kuih Koci – Ini Cara Membuatnya!

resepi kuih koci

Kredit gambar: YouTube @LIA KITCHEN

Resepi kuih koci ubi keledek adalah pilihan yang sempurna untuk mereka yang gemar mencuba hidangan tradisional yang unik dan lazat. Bukan sahaja rasanya yang cukup lazat, tetapi kuih tradisional ini sangat unik dengan kepelbagaian rasanya.

Proses penyediaan kuih ini juga sangat mudah dan bakal memberikan Mommy pengalaman memasak yang menarik dengan hasil akhirnya nanti pasti akan memikat selera Mommy sekeluarga.

Mommy boleh cuba resepi unik ini di bawah!

Resepi Kuih Koci Ubi Keledek

Bahan-bahan untuk Inti:

  • Kelapa parut
  • Gula Melaka
  • Daun pandan

Bahan-bahan untuk Doh Koci:

  • 6 ketul ubi keledek direbus dan dilenyek
  • 1/2 plastik tepung beras pulut
  • Sedikit garam & air
  • Minyak secukupnya
  • Daun pisang yang telah dilayur

Cara-cara Membuat Inti Kuih Koci:

#1. Satukan semua bahan inti dan gaul rata. Jika kurang manis, boleh tambahkan gula pasir mengikut selera Mommy.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Mommy masak semua bahan yang dicampur tadi hingga ia menjadi larut dan pekat. Tidak perlu letakkan air kerana gula melaka tadi akan cair. Ketepikan.

Cara-cara Membuat Doh Koci:

#1. Rebus ubi dan tambahkan sedikit garam untuk jadikannya lebih sedap.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Lenyek ubi yang telah masak dan masukkan tepung beras pulut. Gaul rata sehingga sebati.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Kemudian, Mommy masukkan sedikit air dan uli sehingga tepung tidak melekat di tangan dan menjadi doh. Ambil sedikit dan bulat-bulatkan menjadi doh-doh kecil.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Setelah itu, Mommy sumbat sesudu makan inti ke dalam doh yang telah dibulat kecil tadi. Kemudian, rendam doh tadi di dalam minyak.

Cara Memasak Kuih Koci Ubi Keledek:

#1. Bungkus doh dalam daun pisang yang telah dilayur untuk memberikan aroma semulajadi.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Kukus selama 15 minit atau sehingga kuih masak sepenuhnya. Siap untuk dihidang.

Kredit gambar: Facebook @MAHN
resepi kuih koci
Print

Resepi Kuih Koci Ubi Keledek

Course Pencuci Mulut
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri

Ingredients

Bahan-bahan untuk Inti:

  • Kelapa parut
  • Gula Melaka
  • Daun pandan

Bahan-bahan untuk Doh Koci:

  • 6 ketul Ubi keledek (direbus dan dilenyek)
  • 1/2 plastik Tepung beras pulut
  • Garam
  • Air
  • Minyak (secukupnya)
  • Beberapa helai Daun pisang (dilayur)

Instructions

Cara-cara Membuat Inti Koci:

  • Satukan semua bahan inti dan gaul rata. Jika kurang manis, boleh tambahkan gula pasir mengikut citarasa.
  • Masak kesemua bahan yang dicampur tadi hingga ia menjadi larut dan pekat. Tidak perlu letakkan air kerana gula melaka tadi akan cair. Ketepikan.

Cara-cara Membuat Doh Koci:

  • Rebus ubi dan tambahkan sedikit garam untuk menonjolkan rasa.
  • Lenyek ubi yang telah masak dan masukkan tepung beras pulut. Gaul rata sehingga sebati.
  • Kemudian, masukkan sedikit air dan uli sehingga tepung tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
  • Ambil sedikit dan bulat-bulatkan menjadi doh-doh kecil.
  • Setelah itu, sumbat sesudu makan inti ke dalam doh yang telah dibulat kecil tadi. Kemudian, rendam doh tadi di dalam minyak.

Cara Memasak Kuih Koci Ubi Keledek:

  • Bungkus doh dalam daun pisang yang telah dilayur untuk memberikan aroma semula jadi.
  • Kukus selama 15 minit atau sehingga kuih masak sepenuhnya.

Dengan proses yang mudah diikuti dan bahan-bahan yang mudah diperoleh, resepi kuih koci ubi keledek ini tidak hanya memberikan cita rasa yang memuaskan, tetapi juga memberikan kepuasan kepada mereka yang mencuba untuk mencipta hidangan tradisional yang memukau.

Jadi, Mommy semua jangan lepaskan peluang untuk menikmati kelazatan kuih koci yang lembut dengan kombinasi unik ubi keledek dan inti manis yang kaya ini. Selamat mencuba!


Ikuti pelbagai lagi panduan resepi-resepi menarik yang lain di SINI!