Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Kurma Daging Kambing Sekawah Persis Rumah Kenduri – Memang Terbaik Rasanya!

resepi kurma daging

Kredit gambar: youtube@chenom

Resepi kurma daging antara menu yang sangat popular terutama ketika kenduri kahwin. Walaupun resepi kurma daging ini sangat sedap rasanya, tetapi kalau Mommy perasan, mana-mana majlis kenduri pun, memang sangat jarang menu ini dihidangkan.

Antara salah satu faktor, mungkin disebabkan kosnya yang sangat mahal berbanding menu lain. Jadi, agak mendukacitakan sikitlah bagi sesiapa yang memang berhajat untuk menikmati makanan istimewa ini terutama bagi peminat tegar resepi kurma daging kambing yang memang tiada tolok tanding rasanya.

Oleh itu, apa kata kalau kali ini, Mommy sediakan resepi kurma daging di rumah untuk dinikmati bersama-sama keluarga berpandukan resepi yang kami telah kongsikan di bawah ini. Menariknya, resepi ini terdapat dalam dua versi di mana versi yang kedua Mommy sendiri boleh masakkan jika ada apa-apa majlis yang ingin dibuat kelak.

Jom lihat!

Cara Buat Resepi Kurma Daging Versi I & II

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Berikut merupakan cara masak kurma daging dengan dua pilihan menarik iaitu:

Resepi Versi I

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 4 sb rempah kurma
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang kecil dimayang
  • 1 inci halia dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 batang serai diketuk
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 senduk minyak
  • 2 cawan santan
  • 1 sb susu pekat Manis
  • 3 sb susu cair
  • 4 biji kentang
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 biji bawang besar*
  • 1 inci halia *
  • 4 ulas bawang putih*

Bahan-bahan yang bertanda * perlu dikisar halus.

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula Mommy potong daging secara dadu, cuci bersih dan toskan airnya.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Kemudian, Mommy tumis bahan yang telah dimayang bersama serai dan rempah 4 sekawan tadi sehingga ia bertukar warna menjadi kekuningan dan naik bau.

#2. Setelah itu, masukkan pula bahan yang bertanda* dan kacau sehingga warnanya menjadi agak kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam, kacau semua bahan agar sebati sebati baharulah masukkan daging.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#3. Seterusnya, masukkan air dan rebus daging dengan rempah sehingga agak lembut terus masukkan kentang.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#4. Kemudian, Mommy masukkan santan dan kacau, biarkan kentang empuk baharulah dimasukkan susu pekat manis, susu cair dan asam keping.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#5. Perasakan dengan garam. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan bawang besar yang telah dibelah empat dan lada besar yang dibelah dua. Siap untuk dihidangkan.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Resepi Versi II – Kurma Daging Kambing Sekawah

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Bahan bahan:

  • Seekor daging kambing (anggaran 16 kg)
  • 7 biji kelapa (anggaran mengikut saiz kelapa)
  • Garam secukup rasa
  • 1 paket (100gm) Kulit kayu manis
  • 1 paket (100gm) bunga lawang
  • 1 paket (100gm) jintan manis
  • 1 paket (100gm) buah pelaga
  • 4-5 pek (220g) rempah kurma Faiza
  • 10 ulas bawang merah dihiris
  • 15 ulas bawang putih dihiris
  • 7 inci halia dihiris
  • 1 cawan minyak masak

Bahan kisar:

  • 15 ulas bawang besar
  • 18 ulas bawang putih
  • 7 inci halia
  • 18 biji buah keras – untuk jadikan kuah lebih lemak

Sayuran (untuk ditabur selepas siap masak):

  • 4 tangkai cili hijau
  • 15 biji ubi kentang
  • 6 biji buah tomato dibelah 2
  • 6 biji bawang besar dibelah 4
  • Daun sup
  • Daun pandan

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula, Mommy panaskan minyak dan masukkan rempah penumis bersama bahan kisar sehingga ia wangi.

#2. Kemudian, masukkan rempah kurma (tidak perlu bancuh dengan air) dan perlu kacau dengan cepat. Masukkan sedikit air supaya ia tidak hangus, kacau sebati semua bahan.

#3. Setelah itu, masukkan daging serta air dan masak sehingga daging empuk. Ketika daging hampir empuk, baharulah masukkan santan dan ubi kentang. Apabila siap dimasak, Mommy boleh tabur semua sayuran seperti di atas. Siap untuk dihidangkan.

resepi kurma daging
Print

Resepi Kurma Daging

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword Daging

Ingredients

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 4 sb rempah kurma
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang kecil dimayang
  • 1 inci halia dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 batang batang serai diketuk
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 senduk senduk minyak
  • 2 cawan cawan santan
  • 1 sb susu pekat manis
  • 3 sb susu cair
  • 4 biji kentang
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 biji bawang besar*
  • 1 inci halia*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Bahan-bahan yang bertanda * perlu dikisar halus

Instructions

Cara-cara masak:

  • Mula-mula Mommy potong daging secara dadu, cuci bersih dan toskan airnya.
  • Kemudian, Mommy tumis bahan yang telah dimayang bersama serai dan rempah 4 sekawan tadi sehingga ia bertukar warna menjadi kekuningan dan naik bau.
  • Setelah itu, masukkan pula bahan yang bertanda* dan kacau sehingga warnanya menjadi agak kekuningan.
  • Masukkan serbuk lada hitam, kacau semua bahan agar sebati sebati baharulah masukkan daging.
  • Seterusnya, masukkan air dan rebus daging dengan rempah sehingga agak lembut terus masukkan kentang.
  • Kemudian, Mommy masukkan santan dan kacau, biarkan kentang empuk baharulah dimasukkan susu pekat manis, susu cair dan asam keping.
  • Perasakan dengan garam. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan bawang besar yang telah dibelah empat dan lada besar yang dibelah dua.
  • Siap untuk dihidangkan.

Nak lagi resepi menarik yang lain? Klik SINI!