Mula-mula Mommy potong daging secara dadu, cuci bersih dan toskan airnya.
Kemudian, Mommy tumis bahan yang telah dimayang bersama serai dan rempah 4 sekawan tadi sehingga ia bertukar warna menjadi kekuningan dan naik bau.
Setelah itu, masukkan pula bahan yang bertanda* dan kacau sehingga warnanya menjadi agak kekuningan.
Masukkan serbuk lada hitam, kacau semua bahan agar sebati sebati baharulah masukkan daging.
Seterusnya, masukkan air dan rebus daging dengan rempah sehingga agak lembut terus masukkan kentang.
Kemudian, Mommy masukkan santan dan kacau, biarkan kentang empuk baharulah dimasukkan susu pekat manis, susu cair dan asam keping.
Perasakan dengan garam. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan bawang besar yang telah dibelah empat dan lada besar yang dibelah dua.
Siap untuk dihidangkan.