Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Laksa Johor Yang Paling Mudah & Sedap, Menu Unik Penuh Tradisi!

resepi laksa johor

Kredit gambar: YouTube @Masak Apa Bossku?

Inginkan kelainan rasa dalam menu laksa? Mommy perlu cuba resepi laksa johor yang penuh unik ini! Apa yang uniknya? Kalau Mommy semua nak tahu, jom ikuti perkongsian kami kali ini mengenai resepi laksa johor di bawah ini.

Sebenar, laksa johor resepi yang sangat unik dan berbeza dengan resepi laksa yang lain ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kalau di negeri lain, masing-masing gunakan mi biasa dalam laksa, tapi di negeri johor mi tersebut digantikan dengan spageti! Berbeza kan?

Dikatakan pada zaman dulu, punca ia ditukarkan kepada spageti adalah disebabkan oleh isteri kepada Sultan Johor pada waktu itu merupakan orang putih. Jadi, disebabkan itulah laksa Johor resepi aslinya diselit sedikit dengan menu barat untuk kena dengan selera anak tekak isteri Sultan Johor.

Malah, kalau Mommy nak tahu juga, resepi laksa johor asli, mereka gunakan isi ikan barang yang telah pun dibakar untuk dijadikan sebagai kuah laksa Johor. Memang unik kan resepi ni? Kalau Mommy teringin nak makan dan buat resepi laksa Johor ini, boleh ikut panduan di bawah ini cara buat laksa Johor.

Selamat mencuba!

Resepi Laksa Johor

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Berikut merupakan bahan laksa johor yang perlu anda sediakan.

Bahan-bahan:

  • 1 paket spageti (rebus sehingga lembut, toskan)
  • 1 kg ikan kembung
  • 1/2 cawan cili kering
  • 1 cawan rempah kari ikan
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji kelapa parut (dibuat kerisik)
  • 1 paket kecil udang kering
  • Garam
  • Gula

Bahan Kisar:

  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (diketuk)

Cara-cara:

#1. Untuk buat resepi kuah laksa Johor, Mommy perlu bersihkan ikan dan rebus ikan menggunakan periuk tekanan selama 40 minit.

Kredit gambar: Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan

#2. Kisar ikan bersama tulangnya kecuali kepala menggunakan pengisar sehingga halus. Kepala ikan dikisar kasar dan tapis untuk ambil airnya.

Kredit gambar: Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan

#3. Sangai kelapa parut sehingga keperangan menggunakan api yang kecil. Kemudian tumbuk ia sehingga pecah minyak untuk dibuat kerisik, ketepikan.

Kredit gambar: Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kemudian kisar kesemua bahan kisar dan tumis bahan tersebut sehingga berbau wangi.

#4. Bancuh serbuk kari menggunakan sedikit air dan tuang kedalam tumisan tadi.

Kredit gambar: Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan

#5. Masukkan cili kisar dan tumis seketika, kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar.

Kredit gambar: Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan

Selepas itu, masukkan serai yang telah diketuk bersama-sama dengan santan pekat. Seterusnya masukkan air rebusan ikan yang telah ditapis terlebih dahulu.

#6. Akhir sekali, masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi dan kerisik. Biar ia mereneh dan kesemua bahan masak sepenuhnya.

Kredit gambar: Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan

Resepi Untuk Sambal

Bahan Sambal:

  • 10 biji cili merah dan hijau
  • 15 biji cili padi
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan

Cara-cara:

#1. Panaskan sedikit minyak didalam kuali. Apabila sudah panas masukkan kesemua bahan dan goreng sehingga layu. Kemudian angkat dan kisar bersama sedikit air suam.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Seterusnya perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Untuk rasa yang lebih sedap mommy boleh perahkan sedikit limau kasturi ke dalam sambal.

Penyediaan Ulam-ulaman

Bahan-bahan:

  • 1 biji timun
  • 3 batang kacang panjang
  • 200gm tauge
  • 1 genggam daun kesum
  • 1 genggam daun selasih
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji limau kasturi
  • 1 paket kecil lobak masin

Cara-cara:

#1. Potong semua bahan seperti di bawah.

Kredit gambar: Facebook @MAHN
resepi laksa johor
Print

Resepi Laksa Johor

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword laksa

Ingredients

Bahan Utama:

  • 1 paket spageti (rebus sehingga lembut,toskan)
  • 1 kg ikan kembung
  • 1/2 cawan cili kering
  • 1 cawan rempah kari ikan
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji kelapa parut (dibuat kerisik)
  • 1 paket kecil udang kering
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (diketuk)

Bahan Sambal:

  • 10 biji cili merah dan hijau
  • 15 biji cili padi
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan

Ulam-ulaman:

  • 1 biji timun
  • 3 batang kacang panjang
  • 200 gm tauge
  • 1 genggam daun kesum
  • 1 genggam daun selasih
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji limau kasturi
  • 1 paket kecil lobak masin

Instructions

Cara-cara:

  • Untuk buat resepi kuah laksa Johor, Mommy perlu bersihkan ikan dan rebus ikan menggunakan periuk tekanan selama 40 minit.
  • Kisar ikan bersama tulangnya kecuali kepala menggunakan pengisar sehingga halus. Kepala ikan dikisar kasar dan tapis untuk ambil airnya.
  • Sangai kelapa parut sehingga keperangan menggunakan api yang kecil. Kemudian tumbuk ia sehingga pecah minyak untuk dibuat kerisik, ketepikan.
  • Kemudian kisar kesemua bahan kisar dan tumis bahan tersebut sehingga berbau wangi.
  • Bancuh serbuk kari menggunakan sedikit air dan tuang kedalam tumisan tadi.
  • Masukkan cili kisar dan tumis seketika, kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar.
  • Selepas itu, masukkan serai yang telah diketuk bersama-sama dengan santan pekat. Seterusnya masukkan air rebusan ikan yang telah ditapis terlebih dahulu.
  • Akhir sekali, masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi dan kerisik. Biar ia mereneh dan kesemua bahan masak sepenuhnya.
  • Untuk masak sambal pula, Mommy panaskan sedikit minyak didalam kuali.
  • Apabila sudah panas masukkan kesemua bahan dan goreng sehingga layu. Kemudian angkat dan kisar bersama sedikit air suam.
  • Seterusnya perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Untuk rasa yang lebih sedap mommy boleh perahkan sedikit limau kasturi ke dalam sambal.
  • Manakala, semua bahan ulam-ulaman pula Mommy potong secara sederhana halus. Setelah siap, hidangkan kesemua bahan bersama-sama untuk dinikmati.

Semoga dengan perkongsian resepi ini, Mommy semua dapat menikmati hidangan yang lazat!


Dapatkan juga pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!