Go Back
resepi laksa johor

Resepi Laksa Johor

Course Menu Utama
Cuisine Melayu

Ingredients
  

Bahan Utama:

  • 1 paket spageti (rebus sehingga lembut,toskan)
  • 1 kg ikan kembung
  • 1/2 cawan cili kering
  • 1 cawan rempah kari ikan
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji kelapa parut (dibuat kerisik)
  • 1 paket kecil udang kering
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (diketuk)

Bahan Sambal:

  • 10 biji cili merah dan hijau
  • 15 biji cili padi
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan

Ulam-ulaman:

  • 1 biji timun
  • 3 batang kacang panjang
  • 200 gm tauge
  • 1 genggam daun kesum
  • 1 genggam daun selasih
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji limau kasturi
  • 1 paket kecil lobak masin

Instructions
 

Cara-cara:

  • Untuk buat resepi kuah laksa Johor, Mommy perlu bersihkan ikan dan rebus ikan menggunakan periuk tekanan selama 40 minit.
  • Kisar ikan bersama tulangnya kecuali kepala menggunakan pengisar sehingga halus. Kepala ikan dikisar kasar dan tapis untuk ambil airnya.
  • Sangai kelapa parut sehingga keperangan menggunakan api yang kecil. Kemudian tumbuk ia sehingga pecah minyak untuk dibuat kerisik, ketepikan.
  • Kemudian kisar kesemua bahan kisar dan tumis bahan tersebut sehingga berbau wangi.
  • Bancuh serbuk kari menggunakan sedikit air dan tuang kedalam tumisan tadi.
  • Masukkan cili kisar dan tumis seketika, kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar.
  • Selepas itu, masukkan serai yang telah diketuk bersama-sama dengan santan pekat. Seterusnya masukkan air rebusan ikan yang telah ditapis terlebih dahulu.
  • Akhir sekali, masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi dan kerisik. Biar ia mereneh dan kesemua bahan masak sepenuhnya.
  • Untuk masak sambal pula, Mommy panaskan sedikit minyak didalam kuali.
  • Apabila sudah panas masukkan kesemua bahan dan goreng sehingga layu. Kemudian angkat dan kisar bersama sedikit air suam.
  • Seterusnya perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Untuk rasa yang lebih sedap mommy boleh perahkan sedikit limau kasturi ke dalam sambal.
  • Manakala, semua bahan ulam-ulaman pula Mommy potong secara sederhana halus. Setelah siap, hidangkan kesemua bahan bersama-sama untuk dinikmati.
Keyword Keluarga
Tried this recipe?Let us know how it was!