Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Laksa Penang Yang Sedap Amat!

Resepi Laksa Penang

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

Untuk penggemar laksa, memang kalau ke kedai atau mall, akan tergoda terus apabila tercium bau kuah laksa. Dari jauh tu, tapi tak tertahan rasanya kan Mommy? Boleh kecur air liur terbayangkan hirupan kuahnya tu.

Memang akan belilah jawabnya. Kadang-kadang tu, teringin juga nak buat sendiri. Yelah.. mesti kita nak cuba masak makanan kegemaran kita kan? Mana lah tahu, lagi sedap dari yang dijual di kedai ke?

Resepi Laksa Penang

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

Resepi oleh: Che Nom

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk merebus ikan

  • Sekilo ikan kembung yang disiang bersih
  • 5 keping asam keping
  • Air secukupnya

Bahan-bahan kisar (A)

  • 5 biji bawang merah yang dipotong kasar
  • Sebiji bawang besar yang dipotong kasar
  • 4 ulas bawang putih yang dipotong kasar
  • Cili padi yang dibuang tangkainya
  • 25 biji cili kering yang dibuang biji dan direbus
  • Sedikit air

Bahan-bahan kisar (B)

  • Isi ikan kembung
  • Air rebusan ikan kembung
  • Asam keping dari rebusan ikan

Bahan-bahan kisar (C)

  • Isi ikan sardin tin daripada 1 tin kecil
  • Sedikit air

Bahan-bahan kisar (D)

  • Tulang ikan kembung
  • Sedikit air

Bahan-bahan kisar (E)

  • 1/2 biji nenas yang dipotong kasar
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk sediakan kuah

  • 1/2 liter air
  • Bahan-bahan kisar A,B,C,D dan E
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • Seikat daun kesum
  • Seketul belacan bakar
  • 2 sudu besar petis
  • Garam secukup rasa
  • Seketul kecil gula melaka

Bahan-bahan untuk laksa

  • 1 pek laksa kering
  • Air secukupnya

Bahan-bahan untuk tabur di atas laksa penang

  • Daun salad
  • Daun selom
  • Timun
  • Bawang
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Limau nipis
  • Nenas
  • Telur rebus

Cara-Cara

1. Mula-mula, rebuskan kesemua bahan untuk merebus ikan dalam 10 minit.

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

2. Dah masak, biarkan ikan sejuk dan perisikannya.

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

3. Kemudian, kisarkan bahan-bahan kisar B.

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

4. Kisarkan terus juga bahan-bahan kisar D. Jangan lupa tapis kerana risau ada tulang ikan yang kasar.

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

5. Seterusnya, kisarkan pula bahan-bahan kisar C. Jangan lupa untuk buang tulang tengah ikan sardin dahulu ya.

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

6. Teruskan dengan mengisar bahan-bahan kisar A.

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

7. Dan juga bahan-bahan kisar E.

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

8. Baik, sekarang dah siap kesemua bahan untuk masak kuah. Di dalam periuk, panaskan air dan masukkan kesemua bahan-bahan untuk sediakan kuah satu persatu. Didihkan.

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

9. Sekarang, kuah dah siap dan kita akan teruskan dengan masak laksa. Mula-mula, rendamkan laksa kering di dalam air sehingga kembang macam ni.

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

10. Kemudian, rebuskannya sehingga lembut. Lalu tapiskan.

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

11. Akhir sekali, taburkan kesemua bahan-bahan taburan yang dipotong mengikut citarasa Mommy di atas laksa dan siramkan dengan kuah. Siap!

Kredit gambar: Youtube@ Che Nom

Tips Memasak Laksa Penang

  • Kalau segar ikannya, kuah kita akan bertambah sedap Mommy.
  • Kuah ikan ni, kalau dimakan keesokan harinya, rasanya lebih sedap tau!
  • Pastikan Mommy tak kedekut ikan ya ketika membuat kuah ni. Barulah kaw rasanya.

 

Print

Resepi Laksa Penang

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword laksa

Equipment

  • Periuk
  • Pengisar
  • Sudip

Ingredients

Bahan-bahan untuk merebus ikan

  • Sekilo ikan kembung yang disiang bersih
  • 5 keping asam keping
  • Air secukupnya

Bahan-bahan kisar (A)

  • 5 biji bawang merah yang dipotong kasar
  • Sebiji bawang besar yang dipotong kasar
  • 4 ulas bawang putih yang dipotong kasar
  • Cili padi yang dibuang tangkainya
  • 25 biji cili kering yang dibuang biji dan direbus
  • Sedikit air

Bahan-bahan kisar (B)

  • Isi ikan kembung
  • Air rebusan ikan kembung
  • Asam keping dari rebusan ikan

Bahan-bahan kisar (C)

  • Isi ikan sardin tin daripada 1 tin kecil
  • Sedikit air

Bahan-bahan kisar (D)

  • Tulang ikan kembung
  • Sedikit air

Bahan-bahan kisar (E)

  • 1/2 biji nenas yang dipotong kasar
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk sediakan kuah

  • 1/2 liter air
  • Bahan-bahan kisar A,B,C,D dan E
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • Seikat daun kesum
  • Seketul belacan bakar
  • 2 sudu besar petis
  • Garam secukup rasa
  • Seketul kecil gula melaka

Bahan-bahan untuk laksa

  • 1 pek laksa kering
  • Air secukupnya

Bahan-bahan untuk tabur di atas laksa penang

  • Daun salad
  • Daun selom
  • Timun
  • Bawang
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Limau nipis
  • Nenas
  • Telur rebus

Instructions

  • Mula-mula, rebuskan kesemua bahan untuk merebus ikan dalam 10 minit.
  • Dah masak, biarkan ikan sejuk dan perisikannya.
  • Kemudian, kisarkan bahan-bahan kisar B.
  • Kisarkan terus juga bahan-bahan kisar D. Jangan lupa tapis.
  • Seterusnya, kisarkan pula bahan-bahan kisar C. Buang tulang tengah ikan sardin dahulu ya.
  • Teruskan dengan mengisar bahan-bahan kisar A.
  • Dan juga bahan-bahan kisar E.
  • Baik, sekarang dah siap kesemua bahan untuk masak kuah. Di dalam periuk, panaskan air dan masukkan kesemua bahan-bahan untuk sediakan kuah satu persatu. Didihkan.
  • Sekarang, kita akan teruskan dengan masak laksa. Mula-mula, rendamkan laksa kering di dalam air sehingga kembang macam ni.
  • Kemudian, rebuskannya sehingga lembut. Lalu tapiskan.
  • Akhir sekali, taburkan kesemua bahan-bahan taburan yang dipotong di atas laksa dan siramkan dengan kuah. Siap!

Buat je satu persatu. Pasti bila cuba masak kali kedua dan seterusnya, proses buat laksa penang ni cepat je. Biasalah, nak kuah yang secukup rasa, banyaklah sikit bahan-bahannya kan? Cuba juga resepi daging bakar yang simple sangat ni Mommy.

Selamat mencuba Mommy!