- Mula-mula, rebuskan kesemua bahan untuk merebus ikan dalam 10 minit. 
- Dah masak, biarkan ikan sejuk dan perisikannya. 
- Kemudian, kisarkan bahan-bahan kisar B. 
- Kisarkan terus juga bahan-bahan kisar D. Jangan lupa tapis. 
- Seterusnya, kisarkan pula bahan-bahan kisar C. Buang tulang tengah ikan sardin dahulu ya. 
- Teruskan dengan mengisar bahan-bahan kisar A. 
- Dan juga bahan-bahan kisar E. 
- Baik, sekarang dah siap kesemua bahan untuk masak kuah. Di dalam periuk, panaskan air dan masukkan kesemua bahan-bahan untuk sediakan kuah satu persatu. Didihkan. 
- Sekarang, kita akan teruskan dengan masak laksa. Mula-mula, rendamkan laksa kering di dalam air sehingga kembang macam ni. 
- Kemudian, rebuskannya sehingga lembut. Lalu tapiskan. 
- Akhir sekali, taburkan kesemua bahan-bahan taburan yang dipotong di atas laksa dan siramkan dengan kuah. Siap!