Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Laksa Sarawak Istimewa Yang Paling Mudah – Rugi Kalau Tak Cuba!

resepi laksa sarawak

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Mommy jangan pelik pula kalau lihat resepi laksa sarawak ini, sebabnya tak sama tau dengan resepi laksa di semenanjung! Resepi laksa Sarawak ini banyak juga step-nya dan bahan yang digunakan pun banyak! Tapi rasanya memang sangat sedap dan unik!

Rugi kalau Mommy semua tak cuba resepi yang sangat istimewa ni! Kalau nak tahu cara buat resepi laksa Sarawak ini, Mommy boleh ikuti perkongsian di bawah.

Jom lihat cara masak laksa Sarawak!

Resepi Laksa Sarawak

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi untuk Pes

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili kering (rendam dalam air panas atau rebus sekejap)
  • 1/2 inci lengkuas (hiris dahulu)
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 inci belacan (bakar seketika)
  • 4 sudu besar bijan (disangai)
  • 4 sudu besar kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit)
  • 2 biji buah keras (diketuk)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • Minyak masak
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara-cara memasak pes laksa:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering, lengkuas, buah keras, serai, dan belacan sehingga lumat.
  2. Kisar bijan dan kacang tanah sehingga garing dan biarkan ia sejuk sedikit sebelum dikisar sehingga halus.
  3. Campurkan kesemua bahan yang telah dikisar dan gaul sehingga ianya sebati.
  4. Panaskan minyak didalam kuali. Setelah minyak panas tuang bahan tadi dan tumis sehingga pecah minyak dan naik bau menggunakan api sederhana. Masukkan gula, garam, dan serbuk perasa mengikut selera Mommy.

Resepi Kuah Laksa

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan

  • Pes kuah laksa
  • 1/2 kg isi ayam
  • 300gm udang sederhana besar (diasingkan kulit dan kepala)
  • 2 batang serai
  • 300ml pati santan
  • 3 keping asam keping
  • 1/2 biji bawang besar (dimayang kasar)
  • 2 rumpun akar daun ketumbar (dibersihkan)
  • 1 liter air

Cara-cara memasak kuah laksa sarawak:

  1. Tuangkan air ke dalam periuk. Masukkan serai, bawang besar dan akar ketumbar. Reneh sehingga ia mendidih.
  2. Selepas itu masukkan isi ayam dan biarkan ia masak. Apabila sudah masak angkat isi ayam tadi dan toskan ia. Setelah ia sejuk carik-carikkan isi ayam tersebut dan ketepikan.
  3. Kemudian masukkan isi udang kedalam air rebusan tadi selama 5 minit, angkat dan tos udang tersebut.
  4. Menggunakan air rebusan yang sama, Mommy masukkan pula kulit dan kepala udang dan biar ia lebih kurang 15 minit.
  5. Padamkan api dan angkat kulit dan kepala udang lalu masukkan ke dalam mesin pengisar bersama sedikit air sejuk. Putar sehingga ia lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya, kemudian tuangkan semula ke dalam periuk tadi.
  6. Buka semula api dan tuangkan pes ke dalam periuk beserta asam keping. Kacau ia lebih kurang 5 minit, kemudian masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Masak sehingga kuah sedikit pekat atau mengikut selera Mommy.

Resepi Sambal Laksa Sarawak

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan bahan

  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 5 sudu besar udang kering tanpa kulit
  • Pes asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak

Cara-cara memasak sambal udang kering:

  1. Panaskan minyak secukupnya didalam kuali. Masukkan kesemua bahan kecuali pes asam jawa, garam dan srbuk perasa sehingga ia naik bau dan pecah minyak menggunakan api sederhana. Kacau sehingga ia garing.
  2. Setelah itu, barulah Mommy masukkan pes asam jawa yang dibancuh dengan sedikit air, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia sehingga garing.

Bahan untuk Hiasan

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan (kuantiti boleh mengikut kehendak Mommy):

  • Bihun
  • 3 biji telur
  • Taugeh (dicelur sekejap jika suka)
  • Cili merah (hiris nipis menyerong)
  • Daun ketumbar (dihiris halus)
  • Daun pudina (dihiris jika suka)
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng

Cara Hidangan

1. Masukkan bihun yang telah dicelur kedalam mangkuk kesukaan Mommy.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

2. Tuangkan kuah, kemudian masukkan ayam, udang, hirisan telur dadar, sambal udang garing, taugeh, daun ketumbar, daun pudina, limau kasturi yang dibelah dua, bawang goreng dan cili merah yang telah dihiris nipis.

Print

Resepi Laksa Sarawak

Course Minum Petang
Cuisine Melayu
Keyword laksa

Ingredients

Bahan untuk Pes Laksa:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili kering (rendam dalam air panas atau rebus sekejap)
  • 1/2 inci lengkuas (hiris dahulu)
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 inci belacan (bakar seketika)
  • 4 sb bijan (disangai)
  • 4 sb kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit)
  • 2 biji buah keras (diketuk)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • Minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk perasa

Bahan untuk Kuah Laksa:

  • Pes kuah laksa
  • 1/2 kg isi ayam
  • 300 gm udang sederhana besar (diasingkan kulit dan kepala)
  • 2 batang serai
  • 300 ml pati santan
  • 3 keping asam keping
  • 1/2 biji biji bawang besar (dimayang kasar)
  • 2 rumpun akar daun ketumbar (dibersihkan)
  • 1 liter air

Bahan untuk Sambal:

  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 5 sudu besar udang kering tanpa kulit
  • Pes asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak

Bahan untuk Hiasan:

  • Bihun
  • 3 biji telur
  • Taugeh (dicelur sekejap jika suka)
  • Cili merah (hiris nipis menyerong)
  • Daun ketumbar (dihiris halus)
  • Daun pudina (dihiris jika suka)
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng

Instructions

Cara-cara masak pes laksa:

  • Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering, lengkuas, buah keras, serai, dan belacan sehingga lumat.
  • Kisar bijan dan kacang tanah sehingga garing dan biarkan ia sejuk sedikit sebelum dikisar sehingga halus.
  • Campurkan kesemua bahan yang telah dikisar dan gaul sehingga ianya sebati. Panaskan minyak didalam kuali.
  • Setelah minyak panas tuang bahan tadi dan tumis sehingga pecah minyak dan naik bau menggunakan api sederhana.
  • Masukkan gula, garam, dan serbuk perasa mengikut selera Mommy.

Cara-cara masak kuah laksa:

  • Tuangkan air ke dalam periuk. Masukkan serai, bawang besar dan akar ketumbar. Reneh sehingga ia mendidih.
  • Selepas itu masukkan isi ayam dan biarkan ia masak. Apabila sudah masak angkat isi ayam tadi dan toskan ia.
  • Setelah ia sejuk carik-carikkan isi ayam tersebut dan ketepikan. Kemudian masukkan isi udang kedalam air rebusan tadi selama 5 minit, angkat dan tos udang tersebut.
  • Menggunakan air rebusan yang sama, Mommy masukkan pula kulit dan kepala udang dan biar ia lebih kurang 15 minit. Toskan kulit dan kepala udang dan kisar dengan sedikit air sejuk.
  • Putar sehingga ia lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya, kemudian tuangkan semula ke dalam periuk tadi.
  • Buka semula api dan tuangkan pes ke dalam periuk beserta asam keping. Kacau ia lebih kurang 5 minit, kemudian masukkan santan pekat.
  • Perasakan dengan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya. Masak sehingga kuah sedikit pekat atau mengikut selera Mommy.

Cara masak sambal laksa:

  • Panaskan minyak secukupnya didalam kuali. Masukkan kesemua bahan kecuali pes asam jawa, garam dan srbuk perasa sehingga ia naik bau dan pecah minyak menggunakan api sederhana.
  • Kacau sehingga ia garing. Setelah itu, barulah Mommy masukkan pes asam jawa yang dibancuh dengan sedikit air, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia sehingga garing.

Cara hidang laksa dengan bahan hiasan:

  • Masukkan bihun yang telah dicelur kedalam mangkuk kesukaan Mommy.
  • Tuangkan kuah, kemudian masukkan ayam, udang, hirisan telur dadar, sambal udang garing, taugeh, daun ketumbar, daun pudina, limau kasturi yang dibelah dua, bawang goreng dan cili merah yang telah dihiris nipis.

Diharapkan dengan perkongsian resepi laksa Sarawak ini, Mommy dan keluarga enjoy dengan kesedapannya nanti!


Selain resepi di atas, Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!