Tuangkan air ke dalam periuk. Masukkan serai, bawang besar dan akar ketumbar. Reneh sehingga ia mendidih.
Selepas itu masukkan isi ayam dan biarkan ia masak. Apabila sudah masak angkat isi ayam tadi dan toskan ia.
Setelah ia sejuk carik-carikkan isi ayam tersebut dan ketepikan. Kemudian masukkan isi udang kedalam air rebusan tadi selama 5 minit, angkat dan tos udang tersebut.
Menggunakan air rebusan yang sama, Mommy masukkan pula kulit dan kepala udang dan biar ia lebih kurang 15 minit. Toskan kulit dan kepala udang dan kisar dengan sedikit air sejuk.
Putar sehingga ia lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya, kemudian tuangkan semula ke dalam periuk tadi.
Buka semula api dan tuangkan pes ke dalam periuk beserta asam keping. Kacau ia lebih kurang 5 minit, kemudian masukkan santan pekat.
Perasakan dengan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya. Masak sehingga kuah sedikit pekat atau mengikut selera Mommy.