Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Laksa Utara Yang Paling Sedap Dengan Kuah Berpalit – Memang Padu!

resepi laksa utara

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Siapa peminat laksa kat sini? Kalau tanya je menu laksa ni, memang ramai sangat-sangatlah peminatnya. Di Malaysia ini sebenarnya, terdapat banyak resepi laksa dan antara yang cukup digemari ramai sudah tentulah resepi laksa utara.

Tambah-tambah lagi yang berpalit kuahnya dengan rasa pedas dan masam yang seimbang. Cara buat resepi laksa utara ini senang je caranya. Mommy semua boleh ikut panduan yang kami kongsikan di bawah ini cara buat resepi laksa utara.

Jom lihat!

Resepi Laksa Utara

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus laksa (direbus sehinggga lembut)
  • 1 tin besar sardin (buang sosnya)
  • 1 tin kecil sardin (buang sosnya)
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 100gm cili kering (direbus seketika)
  • 1 inci belacan
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • 4 keping asam keping
  • 2 ketul kiub pati ikan bilis
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

#1. Mula-mula sekali Mommy kisar bawang merah, bawang putih, belacan dan sardin tin besar sehingga lumat manakala sardin tin kecil hancurkan saja menggunakan sudu atau garfu.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Selepas itu masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Masukkan cili kering yang telah dikisar halus dan tambahkan air secukupnya.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Setelah ia mendidih masukkan pula sardin tin kecil tadi dan kiub pati ikan bilis.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Akhir sekali masukkan daun kesum, bunga kantan yang telah dibelah, dan asam keping.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Perasakan dengan garam dan gula sesuai citarasa Mommy. Masak lagi sehingga mendidih dan kuah masak.

Bahan-bahan untuk hiasan

  • Timun
  • Salad
  • Nenas
  • Telur
  • Limau kasturi

Cara-cara

#1. Kesemua bahan di atas dibersihkan dan dihiris manakala telur direbus. Boleh juga diperah limau
kasturi ke dalam mangkuk hidangan untuk membangkitkan lagi rasanya.

Tips/Petua Menyediakan Resepi Laksa Utara

  • Boleh juga menggunakan ikan segar bersama ikan sardin tin untuk rasa yang lebih sedap.
  • Daun kesum boleh diambil daun sahaja atau bersama bahagian batang yang lembut.
  • Jika menggunakan periuk tekanan untuk merebus ikan pastikan kepala ikan dipotong terlebih dahulu dan ikan tidak perlu lagi diasingkan dari tulang semasa mengisar.
  • Semasa merebus telur masukkan sedikit garam supaya kulit telur mudah tanggal semasa dikopek dan telur lebih cantik.
Print

Resepi Laksa Utara

Ingredients

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus laksa (direbus sehigga lembut)
  • 1 tin besar sardin (buang sosnya)
  • 1 tin kecil sardin (buang sosnya)
  • 4 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 100 gm cili kering (direbus seketika)
  • 1 inci belacan
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • 4 keping keping asam keping
  • 2 ketul ketul kiub pati ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan untuk Hiasan:

  • Timun
  • Salad
  • Nenas
  • Telur
  • Limau
  • Kasturi

Instructions

Cara-cara:

  • Mula-mula sekali Mommy kisar bawang merah, bawang putih, belacan dan sardin tin besar sehingga lumat manakala sardin tin kecil hancurkan saja menggunakan sudu atau garfu.
  • Selepas itu masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk. Masukkan cili kering yang telah dikisar halus dan tambahkan air secukupnya.
  • Setelah ia mendidih masukkan pula sardin tin kecil tadi dan kiub pati ikan bilis.
  • Akhir sekali masukkan daun kesum, bunga kantan yang telah dibelah, dan asam keping.
  • Perasakan dengan garam dan gula sesuai citarasa Mommy. Masak lagi sehingga mendidih dan kuah masak.
  • Kesemua bahan hiasan seperti di atas dibersihkan dan dihiris manakala telur direbus. Boleh juga diperah limau kasturi ke dalam mangkuk hidangan untuk membangkitkan lagi rasanya.

Semoga dengan perkongsian resepi laksa utara paling sedap ini, Mommy sekeluarga enjoy dengan kenikmatannya!


Mommy juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!