Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Lempeng Kelapa Untuk Sahur Yang Kenyang Dan Menyelerakan

Kredit gambar: Wikimedia Commons

Kembali lagi dengan resepi sahur yang baru! Cuba teka kita nak masak apa hari ini? Jeng, jeng, jeng~

Kerana bahan yang mudah dan rasa pun sedap, kita akan masak lempeng kelapa! Selalu orang kata lempeng ni sebenarnya pancake versi melayu and tidak menggunakan telur.

Selalu juga dihidangkan bersama sambal. Kalau Mommy ada sambal lebihan dari berbuka, apa kata cuba resepi lempeng kelapa ini.

Kalau nak lempeng manis pula? Boleh juga! Tambahkan pisang dan boleh makan macam tu sahaja tau! Atau makan dengan madu atau gula, pasti kenyang.

Kredit gambar: Harian Metro

Pelbagai Versi Lempeng Kelapa 

Lempeng ni banyak versi tau. Ada lempeng manisan dan bukan manisan. Lempeng juga popular di negara lain seperti Jepun, Eropah, India, Arab dan juga Afrika.

Negara lain juga ada versi mereka yang tersendiri seperti tambahkan bahan. Macam Jepun, mereka akan tambah sayur kobis dan memanggil hidangan itu sebagai ‘okonomiyaki’.

Kalau Mommy taknak kalut pagi sahur tu, boleh sediakan bater pada waktu malam sebelum masak lempeng.

Kemudian, sebelum mula memasak, Mommy boleh gunakan mentega atau majerin untuk dapat tekstur yang garing semasa memasak.

Makan sekali dengan sambal atau kari, peh! Mesti padu~

Tunggu apa lagi? Marilah kita tengok resepi sahur yang sangat simple ni, tapi mesti akan kenyang.

Lepas ini mesti jadi kegemaran anak-anak Mommy kerana ia boleh disaji dengan manisan dan jugak bukan manisan.

Mari kita lihat resepi yang mudah untuk dibuat ini di bawah. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan yang lain ya Mommy!

Print

Resepi Lempeng Kelapa

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kelapa muda (diparut)
  • 1/4 santan
  • sedikit garam
  • 1 cawan air kelapa (boleh guna air biasa)

Instructions

  • Sediakan sebuah mangkuk atau bekas yang sesuai.
  • Masukan tepung gandum, kelapa parut, santan dan sedikit garam. Gaul rata.
  • Kemudian masukan air kelapa muda. Jika tidak ada, boleh gunakan air bersih biasa. Gaul rata semua bahan sehingga sebati.
  • Panaskan kuali. Kemudian sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali mengikut saiz atau bentuk yang kita mahukan.
  • Masak menggunakan api yang sederhana.
  • Alihkan lempeng supaya masak dikedua bahagian atas dan bawah.

Kredit: Facebook Zaliha Salleh