Mee Udang merupakan hidangan yang terkenal di kalangan peminat masakan Melayu. Kaya dengan perisa dan keharuman, hidangan ini menampilkan kuah udang yang pekat dan cukup rasa.
Dalam perkongsian di bawah, Mommy boleh ikuti panduan langkah demi langkah untuk menyediakan Resepi Mee Udang yang lazat dan memikat selera ini. Jom cuba!
Resepi Mee Udang
Bahan-bahan:
- 200g cili kering
- 300g udang, dikupas
- 1 cawan ubi keladi merah, direbus
- 1/2 cawan kacang tanah
- 1 biji ubi kentang, direbus
- 1 biji bawang besar, ditumbuk
- 4 ulas bawang putih, ditumbuk
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 liter air
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 helai daun sup
- 2 biji tomato, dipotong
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk perasa
- Sedikit taugeh
Cara-cara masak:
#1. Blender cili kering bersama udang sehingga halus. Kemudian, kisarkan ubi keledek merah, kacang tanah, dan ubi kentang yang telah direbus hingga menjadi puree.
#2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan campuran cili kering dan udang yang telah diblend, tumis sehingga pecah minyak.
#3. Tambahkan air dan biarkan mendidih. Masukkan sos tiram, daun sup, tomato, perasa, gula, dan garam. Biarkan kuah masak sehingga semua bahan tercampur rata.
#4. Seterusnya, masukkan udang dan biarkan masak hingga udang berubah warna dan masak sepenuhnya.
#5. Sementara menunggu kuah siap dimasak, rebus mee kuning mengikut arahan pada bungkusan hingga masak. Angkat dan toskan.
#6. Hidangkan mee udang dengan hiasan daun sup, bawang goreng dan taugeh yang dicelur.
Tips Memilih Udang Segar Untuk Resepi Mee Udang Mommy
Untuk memilih udang segar, Mommy boleh memberi perhatian kepada perkara berikut:
- Tekstur: Pilih udang yang mempunyai tekstur yang kukuh dan tidak mengecut. Teksturnya berkerut dan tidak padat menunjukkan bahawa udang tidak segar.
- Kulit: Pastikan kulit udang tidak mudah keluar. Kulit yang masih melekat erat menunjukkan kesegaran udang. Jika kulit hampir terkopek, ia boleh menjadi tanda udang tidak segar.
- Mata: Perhatikan mata udang, yang segar biasanya mempunyai mata yang menonjol. Sekiranya mata udang tersekat, itu boleh menjadi tanda bahawa udang tidak lagi segar.
- Kepala: Perhatikan warna kepala udang, yang segar biasanya tidak gelap. Sekiranya kepala udang menjadi gelap, itu boleh menjadi tanda bahawa udang tidak lagi segar.
Dengan melakukan pemerhatikan semua tips ini, Mommy pasti boleh memilih udang segar untuk dimasak nanti.
Resepi Mee Udang
Ingredients
- 200 g Cili kering
- 300 g Udang (dikupas)
- 1 cawan Ubi keladi merah (direbus)
- 1/2 cawan Kacang tanah
- 1 biji Ubi kentang (direbus)
- 1 biji Bawang besar (ditumbuk)
- 4 ulas Bawang putih (ditumbuk)
- 2 sudu besar Minyak masak
- 1 liter Air
- 3 sudu besar Sos tiram
- 3 helai Daun sup
- 2 biji Tomato (dipotong)
- Garam dan gula (secukup rasa)
- 1 sudu teh Serbuk perasa
- Sedikit Taugeh
Instructions
- Blender cili kering bersama udang sehingga halus. Kemudian, kisarkan ubi keledek merah, kacang tanah, dan ubi kentang yang telah direbus hingga menjadi puree.
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan campuran cili kering dan udang yang telah diblend, tumis sehingga pecah minyak.
- Tambahkan air dan biarkan mendidih. Masukkan sos tiram, daun sup, tomato, perasa, gula, dan garam. Biarkan kuah masak sehingga semua bahan tercampur rata.
- Seterusnya, masukkan udang dan biarkan masak hingga udang berubah warna dan masak sepenuhnya.
- Sementara menunggu kuah siap dimasak, rebus mee kuning mengikut arahan pada bungkusan hingga masak. Angkat dan toskan.
- Hidangkan mee udang dengan hiasan daun sup, bawang goreng dan taugeh yang dicelur.
Mommy juga boleh cuba pelbagai lagi resepi-resepi masakan menarik yang lain di SINI!