Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Mi Kari Mudah, Cepat dan Lazat, Sesuai untuk Iftar atau Moreh

Mi ialah makanan ruji di seluruh dunia khususnya negara kita, Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Jepun. Selain daripada Mi Goreng, hidangan seterusnya yang popular sudah tentunya mi yang dimasak pedas seperti kari.

Perisa kari sangat popular di negara kita sehinggalah ia datangkan dengan beberapa level kepedasan daripada satu jenama yang sama. Kalau tak pedas, tak kena dengan tekak Melayu katanya. 

Bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan, sebenarnya mi boleh dimasak dengan menggunakan beberapa bahan dan dalam masa beberapa minit sahaja. Kalau Mommy masih pening atau tak tahu untuk memilih jenis mi yang mana untuk resepi Mi Kari ni, Min cadangkan Mommy dapatkan sahaja mi telur. 

Kali ini, Min nak kongsikan Resepi Mi Kari yang sesuai dimasak untuk iftar mahupun sebagai moreh kepada para jemaah di masjid. Istimewanya, resepi kali ini dikongsikan oleh salah seorang influencer terkenal, Amirah Md Esa (pemilik akaun Instagram @mira.sofia.saufi). 

Jom lihat bagaimana bahan-bahan dan cara yang beliau gunakan untuk Resepi Mi Kari ini:

Print

Mi Kari Mudah Confirm Sedap

Course Menu Utama
Cuisine Cina, Melayu
Keyword Keluarga
Prep Time 10 minutes
Cook Time 15 minutes
Servings 1

Ingredients

  • 3 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia Dihiris nipis/hirisan nipis
  • 1 sudu kecil Serbuk ikan bilis
  • 1 sudu kecil Serbuk cili
  • 1 ketul Ayam Bahagian dada dan dipotong kecil.
  • 4 ekor Udang
  • 250 ml Santan
  • 1 ketul Fish cake 6 hingga 7 hirisan nipis
  • 1 helai Daun pandan
  • 4 helai Daun kari
  • 3 helai Sawi
  • 1 biji Telur rebus
  • 2 biji Tauhu pok Dipotong 2

Instructions

  • Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia bersama.
  • Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisarkan tadi bersama dengan daun kari.
  • Masak shingga pecah minyak dan kemudian masukkan ketulan ayam.
  • Masukkan secawan air dan diikuti dengan santan.
  • Biarkan ia masak seketika dan masukkan daun pandan, diikuti dengan serbuk ikan bilis, serbuk cili dan garam secukup rasa.
  • Apabila mula mendidih, masukkan tauhu, udang dan juga fish cake.
  • Masak sehingga ia mendidih dan tutupkan api.
  • Celurkan mi segar tadi dengan air panas selama beberapa saat sahaja dan pindahkan ia ke dalam mangkuk.
  • Tuang kari ke atas mi, diakhiri dengan sayur bayam dan telur rebus.

Berikut merupakan beberapa fakta dan tips menarik serta berguna berkenaan dengan mi yang Mommy boleh take note:

  • Terdapat dua jenis mi, mi segar dan juga mi kering. Mi kering tahan lebih lama berbanding dengan mi basah (kurang daripada 7 hari).
  • Setelah dimasak, mi hendaklah disimpan di dalam bekas kedap udara supaya terhindar daripada sebarang lembapan dan sebarang bentuk pencemaran.
  • Tidak perlu masak mi lebih daripada 5 minit. Apabila air atau masakan sudah mendidih, mak ayah boleh celurkan sahaja mi segar untuk beberapa saat. Untuk mi kering, masukkan ia ke dalam masakan atau rebusan air selama beberapa minit sahaja. Periksa tekstur mi kering tersebut selepas 3 minit.
  • Mi adalah sumber asid amino dan vitamin yang sangat baik untuk mencegah penyakit jantung dan proses penuaan, menyokong proses penghadaman serta mengurangkan paras kolesterol badan.

Selamat mencuba Mommy! Jangan lupa kongsikan resepi Mi Kari ini bersama mak-mak lain dan nantikan resepi seterusnya hanya di Motherhood Story.