Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Nasi Ayam Hainan One-Pot Meliurkan Sempena Pembuka Selera Ramadan

Tak tahu nak masak apa sempena minggu pertama berpuasa hujung minggu ni? Jangan risau. SuperDaddy Khairul Abdullah ada kongsikan resepi Nasi Ayam Hainan menerusi laman media sosial miliknya di Instagram (@mynameiskhairul).

Menariknya pasal resepi Nasi Ayam Hainan ni, Mommy boleh prepare dengan menggunakan satu perkakas dapur sahaja iaitu pot atau periuk. Dengan hanya menggunakan periuk, Mommy boleh ‘campak’ kesemua bahan-bahan diperlukan ke dalamnya dan taa daa! Siap.

Menurut Khairul Abdullah, kesedapan nasi ayam yang dibuat bergantung kepada lemak dan kulit ayam. Kedua-duanya menjadi pelengkap dan penyedap untuk Nasi Ayam Hainan One-Pot ni.

Satu lagi tip berguna untuk meningkat selera seisi keluarga menerusi resepi ini? Sekiranya keluarga Mommy tak suka dengan warna ayam ‘moist‘ keputihan apabila ia sudah siap dimasak, keluarkan ayam daripada periuk, buang sisa nasi yang melekat dan gorengkan ketulan ayam itu seketika menggunakan api yang besar sehingga ia menepati cita rasa ahli keluarga Mommy.

Kredit gambar: Akaun Instagram Super Daddy Khairul Abdullah (@mynameiskhairul)

 

Print

Resepi Nasi Ayam Hainan One-Pot

Course Menu Utama
Cuisine Asia, Cina, Melayu
Keyword Keluarga
Prep Time 20 minutes
Cook Time 1 hour
Servings 2 orang
Author Khairul Abdullah

Equipment

  • Pot

Ingredients

  • 1/2 ekor Ayam Dibersihkan dan dipotong 4
  • 1 - 2 sudu Bahagian lemak dan kulit ayam Potong kecil
  • 2 pot Beras Cuci dan toskan. Sekiranya beras basmathi, rendamkan selama 30 minit dahulu dan toskan.
  • 4 ulas Bawang putih Dihiris nipis
  • 1 helai Daun pandan Dicarik dan disimpul mati
  • 1 inci Halia Dihiris nipis
  • 50 gram Butter/marjerin
  • 1 sudu besar Minyak bijan

Instructions

  • Lumurkan ayam dengan garam dan ketepikan.
  • Panaskan butter dan minyak bijan. Kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.
  • Masukkan beras dan kacau hingga sebati. Masukkan air, sukatan dia ikut jenis beras yang digunakan. Masukkan sedikit garam. Mak ayah juga boleh masukkan kiub pati ayam sebagai pengganti garam. Kacau sehingga sebati.
  • Perlahankan api. Masukkan ketulan ayam tadi dan tutup periuk. Biarkan ia masak di antara 15 hingga 20 minit sehingga nasi masak. Periksa setiap empat hingga lima minit.
  • Cara nak buat sambal nasi ayam: Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend sahaja.

Memasak Menggunakan Kaedah One-Pot

Terdapat beberapa kelebihan memasak menggunakan one-pot yang mungkin Mommy tidak tahu. Sama ada Mommy suka makan daging, makanan laut atau sayur-sayuran, memasak secara one-pot boleh menghasilkan lebih daripada 1,000 jenis hidangan.

Secara lazimnya, kaedah one-pot boleh dikatakan sebagai salah satu cara memasak dengan lebih cepat, memudahkan persiapan hidangan dan menjimatkan masa. Ia sangat sesuai untuk Mommy yang sibuk bekerja dan mempunyai keluarga yang besar.

Ada juga di kalangan Mommy yang menggunakan kaedah one-pot untuk “menyembunyikan” sayur-sayuran daripada anak-anak agar mereka ‘termakan’ khasiat dan nutrisi yang tersembunyi. Psst… Min lebih suka sekiranya Mommy berterus terang dengan anak-anak daripada menyembunyikan sayur-sayuran di dalam makanan ya.

Kelebihan Memasak Secara One-Pot

  • Menjimatkan masa. Penyediaan makan lebih mudah, kurang kekeliruan dan tekanan sekiranya perlu mengurangkan atau menambah bahan-bahan.
  • Sukatan bahan-bahan yang digunakan dapat dilihat dengan lebih jelas seperti jumlah ketulan daging, jenis sayuran, mi dan sebagainya.
  • Hanya satu perkakas dapur sahaja diperlukan. Selepas habis memasak, angkat pot dan terus hidangkan ia di atas meja. Mudah bukan? Pencucian perkakas dapur juga akan menjadi lebih mudah.
  • Dapat menikmati hidangan yang lebih cepat dan seimbang untuk seisi keluarga.
  • Ia dapat mendedahkan kanak-kanak terhadap kepelbagaian tekstur dan konsistensi makanan untuk meningkatkan kemahiran oral motor skills dan tabiat pemakanan yang lebih sihat dan tidak cerewet.

Selamat mencuba dan nantikan resepi yang seterusnya hanya Motherhood Story.