Setiap negeri memang ada makanan tradisi yang menjadi trademark mereka kan? Contohnya di Penang, nasi kandar. Di Kelantan, nasi kerabu. Di Terengganu, nasi dagang.
Fuhh.. nasi dagang ni, kalau pandai masak gulai ikan tongkolnya, atau lebih dikenali dengan gelaran ikan aya di belah Pantai Timur, memang betul Mommy, tiada tandingannya!
Jadi kali ini, Motherhood nak cuba resepi nasi dagang asli daripada Terengganu ni, boleh masak di rumah je.
Resepi Asli Nasi Dagang Terengganu
Resepi oleh: Ummi AtiyahAtif’s Kitchen
Bahan-Bahan
Bahan untuk nasi dagang
- 2 cawan beras pulut
- 4 cawan beras wangi Thai
- 3 cawan santan
- 3 biji bawang merah kecil yang dihiris
- 2 inci halia yang dihiris
- Sesudu besar gula pasir
- Sesudu kecil garam
- Sesudu besar halba
- 2 helai daun pandan
- Sesudu kecil minyak masak
Bahan untuk gulai ikan tongkol
- 2 ekor ikan tongkol hitam
- Asam keping
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
- 4 ulas bawang putih*
- 7 biji bawang merah kecil*
- 2 inci halia*
- 6 tangkai cili kering*
- Sesudu kecil serbuk kunyit*
- 4 sudu besar rempah gulai nasi dagang
- 4 sudu besar rempah kari ikan
- Minyak masak untuk menumis
- Sebatang serai yang diketuk
- Sebuku kecil gula melaka
- Air rebusan ikan
- 3 sudu besar kerisik
- Semangkuk kecil santan pekat
- 9 biji cili padi yang diketuk
Cara-Cara
1. Mula-mula, campurkan bersama beras pulut dan beras wangi Thai dan rendamkan selama 6 jam.
2. Kemudian, kita akan masak gulai ikan tongkol sementara tu. Masukkan ikan tongkol, asam keping, garam dan air secukupnya untuk tenggelamkan separuh badan ikan. Tutup kuali dan rebus sehingga ikan masak.
3. Bila dah masak, keluarkan dan toskan ikan tongkol.
4. Jangan dibuang air rebusan ikan ni, kita nak guna nanti. Asingkan je tanpa asam keping.
5. Seterusnya, kisarkan halus bahan bertanda * dengan air.
6. Satukan juga rempah gulai nasi dagang bersama rempah kari ikan. Gaulkan sebati.
7. Kemudian tuangkan air dan jadikan rempah itu pes yang pekat.
8. Di dalam kuali, panaskan minyak masak dan masukkan serai bersama bahan kisar halus tadi. Tumiskan sehingga pecah minyak.
9. Bila dah pecah minyak, masukkan pula pes rempah tadi bersama gula melaka dan sambung tumis sehingga pecah minyak lagi.
10. Dah agak garing dan pecah minyak tu, tuangkan air rebusan ikan dan kacau-kacau.
11. Tambahkan kerisik.
12. Seterusnya, masukkan santan pekat. Wajib kacau sentiasa bila dah masuk santan ya Mommy.
13. Lalu taburkan cili padi yang dah diketuk.
14. Sekarang, masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi dan gaulkan sebati.
15. Biarkan gulai meresap sebati dengan isi ikan dan tutup kuali jika perlu. Dah siap!
16. Jom, kita masak nasi pula. Alaskan pengukus dengan plastik yang dicucuk-cucuk.
17. Toskan beras yang direndam tadi dan ratakan ke dalam pengukus.
18. Kemudian buatkan lubang di beberapa tempat supaya ada ruang untuk wap air naik dan kukuskan selama sejam.
19. Bila dah ¾ masak berasnya, keluarkan ke dalam mangkuk.
20. Satukan santan, bawang merah, halia, gula, garam dan daun pandan ke dalam mangkuk yang lain. Kacaukan sebati.
21. Tuangkan pula minyak masak dan kacau lagi.
22. Dah sebati semua, tuangkan adunan santan ini ke dalam mangkuk beras tadi dan gaulkan sebati.
23. Kemudian, masukkan semula beras ke dalam pengukus.
24. Lubangkan di beberapa tempat sekali lagi dan sambung kukus selama 30 minit.
25. Berkilat dan lembut nasinya, dah siap!
Tips Memasak Nasi Dagang Terengganu
- Untuk masak gulai ikan tongkol yang sedap, memang bahan tumis tu kena betul-betul pecah minyak ya.
- Nasi dagang ni, kalau rasa tak cukup lembut, kukuskan lagi. Tak boleh malas, nanti tak menjadi Mommy!
Resepi Asli Nasi Dagang Terengganu
Ingredients
Bahan-bahan Nasi Dagang
- 2 cawan Beras pulut
- 4 cawan Beras wangi Thailand
- 3 cawan Santan
- 3 biji Bawang merah kecil dihiris
- 2 inci Halia dihiris
- 1 sudu besar Gula pasir
- 1 sudu kecil Garam
- 1 sudu besar Halba
- 2 helai Daun pandan
- 1 sudu kecil Minyak masak
Bahan-bahan untuk Gulai Ikan Tongkol
- 2 ekor Ikan Tongkol Hitam
- Asam keping
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
- 4 ulas Bawang putih*
- 7 biji Bawang merah kecil*
- 2 inci Halia*
- 6 tangkai Cili kering*
- 1 sudu kecil Serbuk kunyit*
- 4 sudu besar Rempah gulai nasi dagang
- 4 sudu besar Rempah kari ikan
- Minyak masak untuk menumis
- 1 batang Serai diketuk
- 1 buku kecil Gula melaka
- Air rebusan ikan
- 3 sudu besar Kerisik
- 1 mangkuk kecil Santan pekat
- 9 biji Cili padi diketuk
Instructions
- Mula-mula, campurkan bersama beras pulut dan beras wangi Thai dan rendamkan selama 6 jam.
Cara Memasak Gulai Ikan Tongkol
- Sementara itu, kita akan masak Gulai Ikan Tongkol. Masukkan ikan tongkol, asam keping, garam dan air secukupnya untuk tenggelamkan separuh badan ikan. Tutup kuali dan rebus sehingga ikan masak.
- Bila dah masak, keluarkan dan toskan ikan tongkol dan simpan air rebusan ikan.
- Asingkan air rebusan ikan tanpa asam keping.
- Seterusnya, kisarkan halus bahan bertanda * dengan air.
- Satukan juga rempah gulai nasi dagang bersama rempah kari ikan. Gaulkan sebati.
- Kemudian tuangkan air dan jadikan rempah itu pes yang pekat.
- Di dalam kuali, panaskan minyak masak dan masukkan serai bersama bahan kisar halus tadi. Tumiskan sehingga pecah minyak.
- Bila dah pecah minyak, masukkan pula pes rempah tadi bersama gula melaka dan sambung tumis sehingga pecah minyak lagi.
- Dah agak garing dan pecah minyak tu, tuangkan air rebusan ikan dan kacau-kacau.
- Tambahkan kerisik.
- Seterusnya, masukkan santan pekat dan pastikan untuk sentiasa kacau kari anda supaya teksturnya tidak berketul.
- Lalu taburkan cili padi yang dah diketuk.
- Masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi dan gaulkan sebati.
- Biarkan gulai meresap sebati dengan isi ikan dan tutup kuali jika perlu. Dah siap!
Cara Memasak Nasi Dagang
- Alaskan pengukus dengan plastik yang dicucuk-cucuk.
- Toskan beras yang direndam tadi dan ratakan ke dalam pengukus.
- Kemudian buatkan lubang di beberapa tempat supaya ada ruang untuk wap air naik dan kukuskan selama sejam.
- Bila dah ¾ masak berasnya, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Satukan santan, bawang merah, halia, gula, garam dan daun pandan ke dalam mangkuk yang lain. Kacaukan sebati.
- Tuangkan pula minyak masak dan kacau lagi.
- Dah sebati semua, tuangkan adunan santan ini ke dalam mangkuk beras tadi dan gaulkan sebati.
- Kemudian, masukkan semula beras ke dalam pengukus.
- Lubangkan di beberapa tempat sekali lagi dan sambung kukus selama 30 minit.
- Berkilat dan lembut nasinya, dah siap!
Nasinya yang lembut berlemak, dipadankan dengan gulai ikan tongkol ni, memang betul-betul sedap tau Mommy. Jangan lupa juga untuk cuba nasi lemak santan ni. Lebih kurang je resepinya dengan nasi dagang.
Selamat mencuba!
Dapatkan pelbagai resepi menarik DI SINI.