- Sementara itu, kita akan masak Gulai Ikan Tongkol. Masukkan ikan tongkol, asam keping, garam dan air secukupnya untuk tenggelamkan separuh badan ikan. Tutup kuali dan rebus sehingga ikan masak. 
- Bila dah masak, keluarkan dan toskan ikan tongkol dan simpan air rebusan ikan.  
- Asingkan air rebusan ikan tanpa asam keping. 
- Seterusnya, kisarkan halus bahan bertanda * dengan air. 
-  Satukan juga rempah gulai nasi dagang bersama rempah kari ikan. Gaulkan sebati. 
-  Kemudian tuangkan air dan jadikan rempah itu pes yang pekat. 
- Di dalam kuali, panaskan minyak masak dan masukkan serai bersama bahan kisar halus tadi. Tumiskan sehingga pecah minyak. 
- Bila dah pecah minyak, masukkan pula pes rempah tadi bersama gula melaka dan sambung tumis sehingga pecah minyak lagi. 
- Dah agak garing dan pecah minyak tu, tuangkan air rebusan ikan dan kacau-kacau. 
- Tambahkan kerisik. 
- Seterusnya, masukkan santan pekat dan pastikan untuk sentiasa kacau kari anda supaya teksturnya tidak berketul. 
-  Lalu taburkan cili padi yang dah diketuk. 
- Masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi dan gaulkan sebati. 
- Biarkan gulai meresap sebati dengan isi ikan dan tutup kuali jika perlu. Dah siap!