Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Asli Nasi Dagang Terengganu Yang Tiada Tandingannya

resepi nasi dagang terengganu

Kredit gambar: istockphoto.com

Setiap negeri memang ada makanan tradisi yang menjadi trademark mereka kan? Contohnya di Penang, nasi kandar. Di Kelantan, nasi kerabu. Di Terengganu, nasi dagang.

Fuhh.. nasi dagang ni, kalau pandai masak gulai ikan tongkolnya, atau lebih dikenali dengan gelaran ikan aya di belah Pantai Timur, memang betul Mommy, tiada tandingannya!

Jadi kali ini, Motherhood nak cuba resepi nasi dagang asli daripada Terengganu ni, boleh masak di rumah je.

Resepi Asli Nasi Dagang Terengganu

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

Resepi oleh: Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

Bahan-Bahan

Bahan untuk nasi dagang

  • 2 cawan beras pulut
  • 4 cawan beras wangi Thai
  • 3 cawan santan
  • 3 biji bawang merah kecil yang dihiris
  • 2 inci halia yang dihiris
  • Sesudu besar gula pasir
  • Sesudu kecil garam
  • Sesudu besar halba
  • 2 helai daun pandan
  • Sesudu kecil minyak masak

Bahan untuk gulai ikan tongkol

  • 2 ekor ikan tongkol hitam
  • Asam keping
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • 4 ulas bawang putih*
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 2 inci halia*
  • 6 tangkai cili kering*
  • Sesudu kecil serbuk kunyit*
  • 4 sudu besar rempah gulai nasi dagang
  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • Minyak masak untuk menumis
  • Sebatang serai yang diketuk
  • Sebuku kecil gula melaka
  • Air rebusan ikan
  • 3 sudu besar kerisik
  • Semangkuk kecil santan pekat
  • 9 biji cili padi yang diketuk

Cara-Cara

1. Mula-mula, campurkan bersama beras pulut dan beras wangi Thai dan rendamkan selama 6 jam.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

2. Kemudian, kita akan masak gulai ikan tongkol sementara tu. Masukkan ikan tongkol, asam keping, garam dan air secukupnya untuk tenggelamkan separuh badan ikan. Tutup kuali dan rebus sehingga ikan masak.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

3. Bila dah masak, keluarkan dan toskan ikan tongkol.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

4. Jangan dibuang air rebusan ikan ni, kita nak guna nanti. Asingkan je tanpa asam keping.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

5. Seterusnya, kisarkan halus bahan bertanda * dengan air.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

6. Satukan juga rempah gulai nasi dagang bersama rempah kari ikan. Gaulkan sebati.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

7. Kemudian tuangkan air dan jadikan rempah itu pes yang pekat.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

8. Di dalam kuali, panaskan minyak masak dan masukkan serai bersama bahan kisar halus tadi. Tumiskan sehingga pecah minyak.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

9. Bila dah pecah minyak, masukkan pula pes rempah tadi bersama gula melaka dan sambung tumis sehingga pecah minyak lagi.

10. Dah agak garing dan pecah minyak tu, tuangkan air rebusan ikan dan kacau-kacau.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

11. Tambahkan kerisik.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

12. Seterusnya, masukkan santan pekat. Wajib kacau sentiasa bila dah masuk santan ya Mommy.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

13. Lalu taburkan cili padi yang dah diketuk.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

14. Sekarang, masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi dan gaulkan sebati.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

15. Biarkan gulai meresap sebati dengan isi ikan dan tutup kuali jika perlu. Dah siap!

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

16. Jom, kita masak nasi pula. Alaskan pengukus dengan plastik yang dicucuk-cucuk.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

17. Toskan beras yang direndam tadi dan ratakan ke dalam pengukus.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

18. Kemudian buatkan lubang di beberapa tempat supaya ada ruang untuk wap air naik dan kukuskan selama sejam.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

19. Bila dah ¾ masak berasnya, keluarkan ke dalam mangkuk.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

20. Satukan santan, bawang merah, halia, gula, garam dan daun pandan ke dalam mangkuk yang lain. Kacaukan sebati.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

21. Tuangkan pula minyak masak dan kacau lagi.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

22. Dah sebati semua, tuangkan adunan santan ini ke dalam mangkuk beras tadi dan gaulkan sebati.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

23. Kemudian, masukkan semula beras ke dalam pengukus.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

24. Lubangkan di beberapa tempat sekali lagi dan sambung kukus selama 30 minit.

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

25. Berkilat dan lembut nasinya, dah siap!

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

Tips Memasak Nasi Dagang Terengganu

  • Untuk masak gulai ikan tongkol yang sedap, memang bahan tumis tu kena betul-betul pecah minyak ya.
  • Nasi dagang ni, kalau rasa tak cukup lembut, kukuskan lagi. Tak boleh malas, nanti tak menjadi Mommy!
resepi nasi dagang terengganu
Print

Resepi Asli Nasi Dagang Terengganu

Course Sarapan
Cuisine Melayu
Keyword Nasi
Author Ummi Atiyah Atif

Ingredients

Bahan-bahan Nasi Dagang

  • 2 cawan Beras pulut
  • 4 cawan Beras wangi Thailand
  • 3 cawan Santan
  • 3 biji Bawang merah kecil dihiris
  • 2 inci Halia dihiris
  • 1 sudu besar Gula pasir
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu besar Halba
  • 2 helai Daun pandan
  • 1 sudu kecil Minyak masak

Bahan-bahan untuk Gulai Ikan Tongkol

  • 2 ekor Ikan Tongkol Hitam
  • Asam keping
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • 4 ulas Bawang putih*
  • 7 biji Bawang merah kecil*
  • 2 inci Halia*
  • 6 tangkai Cili kering*
  • 1 sudu kecil Serbuk kunyit*
  • 4 sudu besar Rempah gulai nasi dagang
  • 4 sudu besar Rempah kari ikan
  • Minyak masak untuk menumis
  • 1 batang Serai diketuk
  • 1 buku kecil Gula melaka
  • Air rebusan ikan
  • 3 sudu besar Kerisik
  • 1 mangkuk kecil Santan pekat
  • 9 biji Cili padi diketuk

Instructions

  • Mula-mula, campurkan bersama beras pulut dan beras wangi Thai dan rendamkan selama 6 jam.

Cara Memasak Gulai Ikan Tongkol

  • Sementara itu, kita akan masak Gulai Ikan Tongkol. Masukkan ikan tongkol, asam keping, garam dan air secukupnya untuk tenggelamkan separuh badan ikan. Tutup kuali dan rebus sehingga ikan masak.
  • Bila dah masak, keluarkan dan toskan ikan tongkol dan simpan air rebusan ikan.
  • Asingkan air rebusan ikan tanpa asam keping.
  • Seterusnya, kisarkan halus bahan bertanda * dengan air.
  • Satukan juga rempah gulai nasi dagang bersama rempah kari ikan. Gaulkan sebati.
  • Kemudian tuangkan air dan jadikan rempah itu pes yang pekat.
  • Di dalam kuali, panaskan minyak masak dan masukkan serai bersama bahan kisar halus tadi. Tumiskan sehingga pecah minyak.
  • Bila dah pecah minyak, masukkan pula pes rempah tadi bersama gula melaka dan sambung tumis sehingga pecah minyak lagi.
  • Dah agak garing dan pecah minyak tu, tuangkan air rebusan ikan dan kacau-kacau.
  • Tambahkan kerisik.
  • Seterusnya, masukkan santan pekat dan pastikan untuk sentiasa kacau kari anda supaya teksturnya tidak berketul.
  •  Lalu taburkan cili padi yang dah diketuk.
  • Masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi dan gaulkan sebati.
  • Biarkan gulai meresap sebati dengan isi ikan dan tutup kuali jika perlu. Dah siap!

Cara Memasak Nasi Dagang

  • Alaskan pengukus dengan plastik yang dicucuk-cucuk.
  • Toskan beras yang direndam tadi dan ratakan ke dalam pengukus.
  • Kemudian buatkan lubang di beberapa tempat supaya ada ruang untuk wap air naik dan kukuskan selama sejam.
  • Bila dah ¾ masak berasnya, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk.
  • Satukan santan, bawang merah, halia, gula, garam dan daun pandan ke dalam mangkuk yang lain. Kacaukan sebati.
  • Tuangkan pula minyak masak dan kacau lagi.
  • Dah sebati semua, tuangkan adunan santan ini ke dalam mangkuk beras tadi dan gaulkan sebati.
  • Kemudian, masukkan semula beras ke dalam pengukus.
  • Lubangkan di beberapa tempat sekali lagi dan sambung kukus selama 30 minit.
  •  Berkilat dan lembut nasinya, dah siap!

Nasinya yang lembut berlemak, dipadankan dengan gulai ikan tongkol ni, memang betul-betul sedap tau Mommy. Jangan lupa juga untuk cuba nasi lemak santan ni. Lebih kurang je resepinya dengan nasi dagang.

Selamat mencuba!


Dapatkan pelbagai resepi menarik DI SINI.