Senang Rupanya Resepi Nasi Goreng Viral Ni – Sedap Pula Tu!

resepi nasi goreng viral
Kredit gambar: web.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my

Nasi goreng memang menu penyelamat untuk Mommy kan? Kalau tak larat nak masak atau nak habiskan nasi yang sedia ada, nasi goreng lah pilihan menunya.

Dalam banyak-banyak resepi nasi goreng, kali ini Motherhood ingin kongsikan resepi nasi goreng yang tengah viral di Tiktok dan Facebook.

Ramai yang dah cuba, memang sedap dan mudah je buat katanya. Jom ke dapur!

Resepi Nasi Goreng Viral

Highlighted

resepi nasi goreng
Kredit gambar: Facebook @MasakApaHariNiMAHN.my

Resepi oleh: Facebook

Bahan-Bahan

Bahan tumbuk

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sebiji cili merah
  • 3 biji cili padi hijau

Bahan lain

  • Segenggam ikan bilis yang dibasuh bersih dan ditoskan
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit ajinomoto
  • Semangkuk sotong yang dibasuh bersih dan ditoskan airnya
  • Semangkuk besar nasi
  • Minyak secukupnya

Cara-Cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ikan bilis sehingga garing.

goreng ikan bilis
Kredit gambar: Facebook @MasakApaHariNiMAHN.my

2. Ketepikan ikan bilis dan pecahkan telur.

pecahkan telur
Kredit gambar: Facebook @MasakApaHariNiMAHN.my

3. Bila telur dah separuh masak, kacau-kacau telur dan hancurkan sedikit. Kemudian ketepikan.

hancurkan telur dan ketepikan
Kredit gambar: Facebook @MasakApaHariNiMAHN.my

4. Masukkan pula bahan tumbuk dan tumiskan sehingga wangi dan agak garing.

tumis bahan tumbuk
Kredit gambar: Facebook @MasakApaHariNiMAHN.my

5. Perasakan dengan garam, ajinomoto dan serbuk kunyit sedikit.

perasakan rempah
Kredit gambar: Facebook @MasakApaHariNiMAHN.my

6. Masukkan sotong dan gaul rata.

resepi nasi goreng
Kredit gambar: Facebook @MasakApaHariNiMAHN.my

7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaulkan sebati kesemuanya.

resepi nasi goreng
Kredit gambar: Facebook @MasakApaHariNiMAHN.my

Tips Memasak Resepi Nasi Goreng Viral

  • Bergantung kepada citarasa dan kreativiti Mommy, boleh je gunakan lauk yang mana-mana sesuai. Daging, udang dan ayam pun best juga kan?
  • Pastikan nasi tak terlalu keras atau lembik ya. Nanti nasi goreng tak menjadi.
  • Ikan bilis mestilah digoreng sehingga garing. Kalau tak rangup, memang kacau rasa nanti. Nak mengunyah pun susah.
  • Nak pedas lagi? Tambahkan je cili padi lebih. Nak tambah sambal belacan sikit pun boleh.

Kalau makan nasi goreng viral ni, tak payah lauk lain dah. Tapi kalau mahukan kelainan sikit, bolehlah buat sotong goreng tepung sebagai hidangan tambahan.

Pastinya cukup menyelerakan!

0 replies on “Senang Rupanya Resepi Nasi Goreng Viral Ni – Sedap Pula Tu!”