Jom Cuba Resepi Nasi Goreng Cili Kering Ni Untuk Sarapan

resepi nasi goreng cili kering
Kredit gambar: secukuprasa.com

Kita selalu kan makan nasi goreng cili kering masa kecil di kampung? Nampak ringkas je cara opah masakkan tu, tapi sedap betul. Menambah-nambah!

Haa.. bila dah berumah tangga ni, teringin pula nak makan. Jom, cuba masak resepi nasi goreng cili kering ni bersama Motherhood.

Resepi Nasi Goreng Cili Kering

Highlighted

nasi goreng cili kering
Kredit gambar: reflectandrelax.com/

Resepi oleh: Rezeki Dapur Kita

Bahan-Bahan

  • Semangkuk nasi
  • 10 tangkai cili kering yang ditumbuk
  • 3 biji bawang merah yang ditumbuk
  • 4 ulas bawng putih yang ditumbuk
  • Garam
  • Gula
  • 2 biji telur
  • Sayur kobis

Cara-Cara

1. Sediakan bahan-bahan.

sediakan bahan
Kredit gambar: Youtube @Rezeki Dapur Kita

2. Kemudian, tumbuk cili kering, bawang merah dan bawang putih dan tumiskan kesemuanya.

tumis bahan tumbuk
Kredit gambar: Youtube @Rezeki Dapur Kita

3. Bila dah garing, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

perasakan dgn garam gula
Kredit gambar: Youtube @Rezeki Dapur Kita

4. Masukkan pula nasi putih dan gaulkan rata.

masuk nasi
Kredit gambar: Youtube @Rezeki Dapur Kita

5. Dah rata elok, masukkan telur dan kacau.

masuk telur
Kredit gambar: Youtube @Rezeki Dapur Kita

6. Diikuti dengan sayur kubis.

masuk sayur kubis
Kredit gambar: Youtube @Rezeki Dapur Kita

7. Gaul dan gorengkan kesemuanya sehingga garing dan kering. Siap!

nasi goreng cili kering siap
Kredit gambar: Youtube @Rezeki Dapur Kita

Tips Memasak Nasi Goreng Cili Kering

  • Bawang dan cili yang ditumbuk akan rasa lebih sedap berbanding yang dikisar.
  • Yang penting, kena rajin kacau supaya semua rasa tergaul rata ya Mommy?

Kalau nak resepi nasi goreng yang lebih kurang senangnya, boleh cuba nasi goreng viral ni. Sedap dan mudah, tentu menyenangkan Mommy!

 

0 replies on “Jom Cuba Resepi Nasi Goreng Cili Kering Ni Untuk Sarapan”