Nasi goreng merupakan hidangan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia. Kali ini, kami akan kongsikan kepada Mommy-mommy semua resepi nasi goreng cili padi yang pasti menggoda selera. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati, Mommy boleh mencubanya sendiri di dapur anda!
Resepi Nasi Goreng Cili Padi
Bahan untuk Tumbuk Kasar:
- 6-8 biji cili padi
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
Bahan-bahan Lain:
- Sedikit minyak
- 1 mangkuk ikan bilis
- 2 biji telur
- 3-4 cawan nasi
- 1/4 – 1/2 sudu kecil lada sulah
- Garam, secukup rasa
- Serbuk perasa
- Telur goreng (Untuk dihidangkan)
Cara Penyediaan:
#1. Potong kasar cili padi, bawang merah, dan bawang putih. Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk kasar atau nak mudah, Mommy boleh blender.
#2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing, kemudian angkat. Dengan minyak yang sama, tumis bahan kisar tadi.
#3. Bila dah garing, pecahkan telur dalam kuali dan biar telur masak sikit baru kacau.
#4. Setelah itu, Mommy boleh masukkan nasi.Kacau sampai semua bahan sekata. Masukkan lada sulah, garam, dan serbuk perasa serta ikan bilis goreng tadi. Teruskan kacau sampai nasi tak berketul dan garing.
#5. Tambah telur goreng atas hidangan ini untuk menambah citarasa yang lazat. Pastikan Mommy menggunakan nasi sejuk semalaman atau nasi yang baru masak, tetapi dengan syarat kurangkan air sedikit.
Resepi Nasi Goreng Cili Padi
Ingredients
Bahan untuk Tumbuk Kasar:
- 6-8 tangkai Cili padi
- 3 biji Bawang merah
- 2 ulas Bawang putih
Bahan-bahan Lain:
- Sedikit Minyak
- 1 mangkuk kecil Ikan bilis (ikut citarasa)
- 2 biji Telur
- 3-4 cawan Nasi
- 1/4 - 1/2 sudu kecil Lada sulah
- Garam (secukup rasa)
- Serbuk perasa
- Telur goreng (sebagai hidangan tambahan)
Instructions
- Potong kasar cili padi, bawang merah, dan bawang putih.
- Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing, kemudian angkat.
- Dengan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk kasar tadi.
- Bila dah garing, pecahkan telur dalam kuali dan biar telur masak sikit baru kacau.
- Masukkan nasi.
- Kacau sampai semua bahan sekata.
- Masukkan lada sulah, garam, dan serbuk perasa.
- Masukkan ikan bilis goreng tadi.
- Teruskan kacau sampai nasi tak berketul dan garing.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, Mommy akan dapat menikmati nasi goreng cili padi yang sedap dan memuaskan selera anda.
Jadi, dengan adanya panduan mengenai cara-cara memasak resepi nasi goreng cili padi yang super sedap di atas ini, Mommy semua jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi ini di dapur anda.
Selamat mencuba dan menikmati kelazatan nasi goreng cili padi pedas yang cukup menggiurkan ini!
Ikuti panduan memasak resepi menarik yang lain di SINI!