Potong kasar cili padi, bawang merah, dan bawang putih.
Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing, kemudian angkat.
Dengan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk kasar tadi.
Bila dah garing, pecahkan telur dalam kuali dan biar telur masak sikit baru kacau.
Masukkan nasi.
Kacau sampai semua bahan sekata.
Masukkan lada sulah, garam, dan serbuk perasa.
Masukkan ikan bilis goreng tadi.
Teruskan kacau sampai nasi tak berketul dan garing.