Untuk makan malam, kadang-kadang tu rasa tak nak makan berat sangat tapi nak nasi. Tak ada mood sangat nak masak dan makan berhidang, jadi buat nasi goreng jelah jawabnya.
Kali ini, Min nak kongsikan resepi nasi goreng udang yang hanya memakan masa sekejap sahaja, dan sangat mudah!
Dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang sudah ada di dapur Mommy, resepi nasi goreng udang dan telur ni memang the bomb!
Resepi Nasi Goreng Udang dan Telur
Resepi oleh: Seismik Makan
Bahan-Bahan
- 12-15 ekor udang
- 3 biji bawang putih yang dicincang
- Sebiji bawang Holland yang dipotong dadu
- Secawan sayur campuran
- 2 biji telur yang dikocak
- 3 cawan nasi putih sejuk
- 5 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar sos tiram
- Minyak bijan secukupnya
- Lada putih
- Garam
- Minyak masak
Cara-Cara
1. Panaskan minyak masak dan gorengkan udang sehingga separuh masak.
2. Ketepikan dan tumis pula bawang putih dan bawang Holland.
3. Bila bawang dah layu dan naik bau, masukkan pula sayur campuran dan kacau-kacau sehingga agak lembut macam ni dan ketepikan ke sisi kuali.
4. Masukkan telur ke sisi sebelah lagi dan hancurkan bersama.
5. Sekarang, masukkan udang yang Mommy goreng sekejap tadi dan gaulkan rata.
6. Haa…barulah boleh masukkan nasi. Kacaukan rata ya.
7. Perasakan dengan kicap cair, sos tiram dan minyak bijan.
8. Lengkapkan rasa dengan lada putih dan garam secukupnya, gaul-gaul dan siap!
Tips Memasak Resepi Nasi Goreng Udang dan Telur
- Udang ni, tak best kalau masak lama sangat. Nanti tak kenyal isinya.
- Kalau nak gantikan sayur lain seperti bunga kobis pun sedap tau Mommy.
Resepi Nasi Goreng Udang dan Telur
Ingredients
- 12-15 ekor udang
- 3 biji bawang putih dicincang
- 1 biji bawang Holland dipotong dadu
- 1 cawan sayur campuran
- 2 biji telur dikocak
- 3 cawan nasi putih sejuk
- 5 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar sos tiram
- Minyak bijan secukupnya
- Lada putih
- Garam
- Minyak masak
Instructions
- Panaskan minyak masak dan gorengkan udang sehingga separuh masak.
- Ketepikan dan tumis pula bawang putih dan bawang Holland.
- Bila bawang dah layu dan naik bau, masukkan pula sayur campuran dan kacau-kacau sehingga agak lembut macam ni dan ketepikan ke sisi kuali.
- Masukkan telur ke sisi sebelah lagi dan hancurkan bersama.
- Sekarang, masukkan udang yang Mommy goreng sekejap tadi dan gaulkan rata.
- Masukkan nasi dan kacau rata.
- Perasakan dengan kicap cair, sos tiram dan minyak bijan.
- Lengkapkan rasa dengan lada putih dan garam secukupnya, gaul-gaul dan siap!
Selain daripada resepi di atas, Mommy boleh juga cuba nasi goreng Cina ni. Satu minggu, satu resepi nasi goreng. Best juga pelbagaikan aneka rasa?
Untuk pelbagai resepi yang lain, Mommy boleh klik SINI.