Hari ni Mommy nak masak apa? Dah bosan makan nasi biasa? Kalau nak buat nasi yang lebih menarik dan istimewa, Min sangat recommend Mommy cuba resepi nasi jagung ini!
Untuk pengetahuan Mommy, terdapat kira-kira 800 biji dalam 16 baris jagung tu! Bukan itu sahaja, jagung juga mengandungi folat yang bagus untuk ibu mengandung.
Secara amnya, ibu-ibu dan bakal ibu disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 400mg-600mg asid folik untuk menjaga kandungan Mommy daripada kecacatan.
Selain itu, jagung juga kaya dengan nutrisi dan mineral seperti serat, beta karoten, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, vitamin K, folat, mangan, magnesium, zat besi dan macam-macam lagi!
Jom lihat apa lagi kebaikan jagung pada kesihatan kita:
Khasiat Jagung
Selain mengandungi folat yang bagus untuk ibu yang hamil, jagung juga mempunyai beberapa kebaikan bagus untuk sistem dalaman kita. Antaranya adalah:
1. Antioksidan
Jagung ni kaya dengan antioksidan tau, Mommy! Antioksidan ni untuk apa sebenarnya? Ia terbukti untuk mengurangkan risiko kanser di dalam tubuh badan kita. Selain itu, ia juga boleh memperlahankan proses penuaan dan mengurang risiko nyanyuk.
2. Lindungi jantung
Adakah Mommy tahu sebenarnya minyak jagung ni boleh lindungi jantung kita? Ia memiliki kesan anti-aterogenik (tidak menyekat saluran darah) pada kolesterol berbahaya. Justeru, ia dapat membantu mencegah pelbagai penyakit kardiovaskular atau jantung. Penggunaan minyak jagung dalam masakan harian dikatakan meningkatkan kesihatan jantung dengan membantu menstabilkan degupan jantung supaya ia sentiasa normal.
3. Dapat mencegah anemia
Kalau Mommy nak tahu, folat dalam jagung juga membantu dalam mencegah anemia. Sekiranya Mommy mengambil jagung bersama sumber makanan yang tinggi vitamin B12 dan folat, ia sangat membantu dalam peningkatan zat besi yang membentuk sel darah merah baharu.
Jadi, untuk menukar selera Mommy dan keluarga terutamanya anak-anak yang sering memilih makanan, Mommy boleh cuba resepi Nasi Jagung ini. Min cadangkan, Mommy makan bersama lauk ayam masak merah dan acar. Pasti menjilat jari seisi keluarga!
Mari kita cuba~
Resepi Nasi Jagung Istimewa
Ingredients
- Bawang merah/besar dihiris
- Bawang putih sedikit sahaja
- Halia dihiris & diketuk
- Serai diketuk
- Daun pandan disimpul disimpul
- Bunga lawang
- Kayu manis
- Bunga cengkih
- Buah pelaga
- Minyak zaitun (boleh guna ghee/minyak sapi atau butter kalau nak lagi sedap)
- Jagung
- Susu cair Ideal
- Air secukupnya
- Garam
- Gula
Instructions
- Tumis semua bahan-bahan tumisan hingga naik bau dan bawang layu.
- Masukkan beras yang telah dicuci dan kesemua bahan-bahan ke periuk nasi.
- Kemudian, masukkan jagung, garam, gula, air, susu cair mengikut citarasa dan kemudian masak nasi seperti biasa.